Wednesday, October 29, 2014

Kita hendak jadi apa

Apakah pilihan kamu selepas ini? Kamu hendak jadi apa? Setelah sibuk mentelaah pelajaranmu, sudah tentu kamu mengejar mencapai apa saja cita cita mu.

Pada tulisan yang lalu abah ada perkatakan bidang kerja manusia pada masa kini. Abah ambil model yang diceritakan oleh Kiyosaki dalam bukunya. Model membahagikan manusia kepada 4 bidang kerjaya.













Pertama adalah golongan pekerja. Kerjaya ini adalah kumpulan kerjaya yang terbanyak pada masa kini. Golongan ini, termasuk abah, dibayar atas masa dan usaha yang abah beri kepada syarikat ataupun kerajaan. Kebanyakan orang yang dalam kumpulan umur abah disediakan untuk menjadi golongan pekerja. Golongan ini dari budak pejabat ke CEO satu satu syarikat "employed" untuk melakukan tugasan demi mencapai matlamat syarikat. Begitu juga seorang budak penghantar surat dipejabat sehingga Perdana Menteri, golongan ini dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Pilihan yang ada adalah menurut perintah. Didalam syarikat atau tugasan kerajaan, kamu akan dilatih demi menghasilkan kerja yang lebih baik atau efisien. Sepertimana abah, anak anak abah juga akan melalui bidang kerjaya ini selepas habis belajar. Apa yang anak abah boleh buat semasa berada dalam golongan "employed" adalah sentiasa mempelajari segala skill terutamanya soft-skill seperti kepimpinan, penghasilan kerja dan displin kerja demi menghadapi masa hadapan. Jika kesemua displin tersebut telah menjadi tabiat yang biasa pada diri kita, kita akan lebih berjaya. Untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi, displin ini amat penting. Begitu juga jika kita bertukar kerjaya, kita akan lebih bersedia. Tapi ketahuilah bahawa untuk mencapai pangkat yang tinggi, banyak faktor mempengaruhi. Semakin tingga makin kurang peluang yang ada. Kerana bilangan orang yang menjadi CEO hanya seorang dalam satu satu syarikat. Fikirkanlah. Untuk berjaya dalam kumpulan ini, sentiasa menurut perintah dan jangan membantah.  

Kumpulan kedua pula agak sibuk penghidupannya. Kumpulan is kita panggil "self-employed". Dalam bahasa melayu selalu dinamakan bekerja sendiri. Tetapi hakikat sebenarnya adalah bekerja untuk membangunkan syarikat kita sendiri. Nampak secara luaran menguntungkan tetapi kesibukan amat membembankan. Yang mendapat pendapatan yang tinggi adalah dikalangan Doktor dan Peguam yang membuka Klinik atau Syarikat mereka sendiri. Oleh kerana ianya adalah kepunyaan syarikat mereka sendiri, mereka akan bekerja siang dan malam untuk memastikan kejayaan syarikat mereka sendiri. Kesannya, kerana limitasi kepada masa yang mereka ada (setiap orang ada 24 jam sahaja) dan skill yang mereka ada, mereka akan rasa kesibukan yang melampau. Kadang kadang terkesan kepada keluarga mereka sendiri. Tetapi jika dibuat dengan iltizam yang tinggi, pulangannya lumayan. Kadang kadang ada juga dikalangan orang yang makan gaji berpindah kearah ini. Mereka buka gerai di pasar malam. Mereka buka kedai makan yang mereka jaga sendiri atau katering yang tidak mempunyai pekerja yang tetap. Kumpulan "self-employed" akan sentiasa sibuk dan jika ada dikalangan anak anak abah yang nak bergerak kearah ni, buat perkiraan antara kesibukan dan pendapatan. Jika pendapatan jauh lebih lumayan, ianya boleh dipertimbangkan. Jika tidak, pertingkatkanlah displin diri sebagai employee yang "employed" oleh syarikat atau kerajaan.

Jika kita hendak jadi golongan kiri quadrant Kiyosaki diatas, kita perlu sentiasa membaiki diri kita. Meningkatkan skill diri, sentiasa sihat tubuh badan dan sedia menghadapi segala pengaruh pekerjaan untuk kita meningkat. Banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan pangkat kita dan kita sentiasa berharap pada orang dipersekitaran kita. Kadang kadang, kawan dia dilantik mendahului kita juga boleh mengecewakan kita. Kita perlu bekerja dengan penuh ikhlas.

Golongan kiri ini menghendaki penglibatan aktif pada diri kita. Tiada kata penat atau malas. Limitasi masa dan pengetahuan sentiasa menjadi cabaran berterusan. Apabila kita berada dalam kumpulan ini, kita kena sentiasa memperbaiki diri agar sentiasa bergerak kearah lebih baik. Cuma positifnya, tekanan untuk menentukan hala tuju syarikat atau kerajaan kita kongsikan secara ramai.

Pada artikel akan datang abah akan menceritakan golongan sebelah kanan yakni Business Owner (tuanpunya bisnis) dan Investor (Pelabur). Kedua dua golongan inilah yang dapat menikmati hidup secara total. Mereka adalah golongan yang membantu orang lain untuk hidup dan pulangan sangat lumayan.

Thursday, October 16, 2014

Tanamkan cita cita mu menjadi pelabur

Empat anak abah yang diatas berada dipersimpangan mengejar kareer mu. Abah juga begitu juga pada umur seperti kamu. Untuk adik kita ditingkatan satu itu, kita biarkan dia bermain dahulu. Insyaallah kita bantu dia sedikit sedikit sehingga dia bersedia semasa spm.
Pada umur kamu, pemikiran abah tertumpu pada soal agama dan pelajaran. Seperti yang abah ceritakan dahulu, pengalaman abah masa itu tertumpu pada dua perkara ini. Abah berjaya mengharunginya dan berjaya apa yang abah cita citakan. Platform abah masa itu terlibat dengan Tabligh dan memberi tumpuan pada pembelajaran university abah. Tabligh sebenarnya medan untuk belajar berdakwah bukan pendakwah terlatih. Alhamdulillah, sifat yang abah ada ini adalah kesan penglibatan itu dan abah berjaya mendapat segulung ijazah, Bachelor in Communication Engineering.
Begitu juga untuk anak anak abah. Ini adalah masa terbaik untuk kalian semua mendalami agama mu dan jangan hilang fokus dalam pelajaranmu. Capaikan yang terbaik atas apa yang kalian usahakan. Sesungguhnya yang terbaik adalah dari Yang Maha ESA.
Anak anak abah. Keputusan abah pada masa abah habis belajar adalah ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Abah sudah cuba buat persediaan dengan mengambil beberapa elektif subjek perniagaan semasa program ijazah abah. Abah ambil subject Business Admin, Accounting, Business Law dan Economics. Abah lulus dengan  high distinction untuk subjects tersebut. Tapi rezeki belum memihak pada abah. Walaubagaimanapun ia membantu atas segala keputusan perniagaan dipersekitaran abah kini. Ilmu sentiasa berguna bila dipelajari.
Pengalaman kerja abah di TM ini akan diceriterakan dimasa hadapan. But masa ini abah hanya ingin membincangkan model bidang kerjaya yang boleh anak anak abah ceburi. Abah ambil model yang dibangunkan oleh Robert Kiyosaki. Model kehidupan insan pada masa kini. Dia membahagikan kareer kehidupan kepada (employee) pekerja, (self employed) kerja sendiri, (business owner) tuan punya perniagaan dan (investor) pelabur.

Tuesday, October 7, 2014

Yakin kita

Wahai semua anak anak abah.

Keyakinan kita adalah asas yang paling penting kepada kehidupan kita. Ianya membentuk jiwa yang tenang dan tegas.

Yakinlah Allah berkuasa dan berkehendak kepada sesuatu yang berlaku didunia ini. Kudrat (kuasa) dan Iradah (kehendak) Allah S.W.T. tiada batasnya. Apabila Allah S.W.T. berkata jadi maka jadilah ia. Segala yang bergerak adalah dalam pelan Allah S.W.T.

Allah SWT hanya meminjamkan kita sedikit sahaja kuasa dan kehendak pada kita. Itupun pada ruang lingkup keperluan kita di dunia ini. Untuk kita membuat keputusan dalam menjalani penghidupan kita di dunia. Untuk kita buat usaha atas perkara yang kita impikan dalam hidup ini.

Tapi ketahuilah, walau apa pun usaha kita, keputusan atau kesan dari usaha itu masih milik Allah swt. Ada masa keputusan itu bertepatan dengan harapan kita dan ada masanya tidak. Kita kena sabar dan redha dengannya kerana ianya hak Allah swt.

Kadang kadang keputusan itu bersangkutan dengan keadaan semasa, kadang kadang bersangkutan dengan Dia atau perbuatan orang orang terdahulu atau orang tua seperti datuk dan nenek dari kita dan bermacam macam lagi. Wallahualam.

Jadi apa yang penting pada kita adalah usaha, DOA dan tawakkal. Jangan ada rasa risau, kecewa dan tak puas hati dalam hidup. Walau APA pun berlaku, terus berusaha dan berdoa. Positif Dan teruskan hidup.

Thursday, April 3, 2014

Prinsip Kewangan Babylon #1: Simpan 1 per 10

Assalamualaikum.

Selamat Pagi.

Bertemu kembali pada pagi yang mulia.
Pagi Jumaat, penghulu segala hari.
Hari yang penuh dengan barakah
Banyakkan amalan sehingga tiba minggu yang akan datang.

Anak Anak Abah,

Untuk beberapa hari yang mendatang abah akan kongsikan bersama
Beberapa prinsip kewangan yang dikongsikan bersama oleh orang paling kaya di Babylon
Semasa kemakmuran penghidupan di Babylon, prinsip ini dikongsi kepada beberapa golongan terpilih
Dengan perkongsian tersebut, hidup rakyat di Babylon hidup dengan lebih sejahtera.

Prinsip Kewangan #1: Simpan 1 per 10 dari pendapatan

Anak Anak Abah,

Simpan 1 per 10 dari pendapatan bulanan
Simpanan yang tidak akan diusik
Simpanan yang sentiasa bertambah secara bulanan
Simpan 1 per 10 sahaja

Simpanan itu hendaklah disimpan pada tempat yang kita tidak usik
Seperti simpanan di Tabung Haji atau akaun saham amanah
Simpanlah ditempat yang mana ianya bole dikembangkan

Arkad, nama orang yang terkaya di Babylon
Telah simapan 1 ketul perak atas setiap 10 ketul perak yang dia dapat
Hasil kerja buat roda kuda di Babylon

Dari simpanan tersebut dia telah membuat pelaburan

Pelaburan yang pertama gagal kerana terlalu mempercayai tukang rumah untuk membeli permata
Dengan duit yang diberi, tukang rumah berjanji untuk ke negeri Phoecian untuk pembelian permata
Hasilnya batu yang dibawa pulang hanylah batu yang palsu menyebabkan dia hilang seluruh simpanan tersebut.

Pelaburan yang kedua adalah pemberian wang kepada tukang besi
Tukang besi memerlukan modal untuk beli sejumlah besi untuk dibuat "Sheild" (penahan pedang semasa perang)
Besi yang sampai dibuat pedang dan "Sheild"
Keuntungan yang dapat menambah simpanan kepada Arkad.

Moralnya, pelaburan kita biarlah kepada orang ariff tentang apa yang dibuat dengan pelaburan tersebut.

Anak anak abah

Demi untuk masa depan kamu
Simpanlah 1 per 10 pendapatan secara tetap
Abah tengok atuk melakukannnya
Walaupun nampak tak banyak tetapi ianya memudahkan hidup atuk.
Tanya atuk, kebiasaannya, dia akan tinggalkan 1/10 dari duit pencen dia untuk maksud ini

Anak anak abah

Abah tengok Abanglong telah memulakannya
Dia ada menyimpan dalam saham amanah, Public Mutual
Teruskan usaha walaupun perit
Abah sedia membantu

Anak anak abah

Abah ada bercakap perkara yang sama untuk anak kedua abah
Insyaallah dia boleh melakukannya

Begitu juga ketiga tiga anak abah yang lain
Kalian mampu melakukannya

Simpan 1/10 dari pendapatan kalian.

Sekian

Wednesday, April 2, 2014

3rd April 2014

Start a new day.

Anak anak abah semuanya. Apa khabarsemua?

Hari ini abah baru download application ini, blogger, dalam lenovo abah. Harapan abah agar abah akan terus menulis hari hari. Melalui pengalaman hidup ini, abah akan catitkan perkara untuk menafaat kita bersama Inshallah.

Dimana anak anak abah masa ini?

Ariff - di MIAT, kelas dan latihan pusat bolasepak. Teruskan usaha. Kedua dua nya penting buat masa ni. Teruskan, ini adalah peluang yang ada. Usaha yang terbaik dan Ishaallah positive. Tapi kita jangan sekali kali kecewa dengan keputusan yang Allah beri pada kita.

Afif -dirumah untuk berehat. Rehatkan diri itu setelah usaha selama 2 bulan. Rehat untuk pertingkatkan lagi usaha separuh lagi pembelajaran untuk semester ini. Berikan yang terbaik. Letakan cita cita dan usaha. Inshaallah positive.

Aiman - di Banting, pulun man pulun. Bulan terakhir. Usaha dan Doa. Inshaallah cita terrcapai.

Aina - di sekolah. Kurang tuisyen diluar. Abah yakin Aina mampu merealisasikan. Teruskan usaha dan banyak berdoa.

Azeem - masuk kesekolah menengah. Kritikal untuk mu menetapkan cita cita mu. Abah, mama dan abang abang mu sentiasa memberi sokongan.

Anak anak abah, peluang sentiasa bersama kita. Cabarannya bagaimana kita memanafaatkan peluang. Kita kena sentiasa sedar bahawa banyak peluang bersama kita. Kita kena sedarkan diri ini dengan mempertingkatkan tawajuh atau konsentrasi kita. Bagaimana, 1. Tingkatkan khushuk dalam sembahyang. 2. Jaga waktu tidurmu. 3. Tetapkan cita cita. Satu cita cita pada satu masa. 4. Rancang jadual harian mu.

Selamat menjalani hidup yang berjaya.