Friday, November 9, 2012

Kejayaan (Success) dan Kegagalan (Failure)

Anak Anak Abah

Kejayaan atau Kegagalan adalah terletak pada minda kita

Kedua duanya penting dalam hidup ini.

Kejayaan selalu kita definasikan kepada kejayaan kita memenuhi impian hidup kita
Ada meletakkannya kepada harta benda,
Ada meletakkannya kepada wang ringgit,
Ada meletakkannya kepada keluarga yang bahagia
Ada meletakkannya kepada bini yang cantik
Ada meletakkannya kepada kerata dan motokar yang besar
Ada meletakkannya kepada penghidupan yang minima (zuhud)
dan bermacam macam lagi

Semuanya terletak pada minda kita
Minda yang dipandu oleh falsafah hidup kita
Falsafah yang betul menentukan kejayaan hidup kita

Falsafah yang betul akan membantu kita membuat keputusan yang betul
Dari keputusan itu lahirlah tindakan yang betul
Yang lain adalah hasilnya sahaja;
Hasilnya berkemungkinan dengan kekayaan yang melimpah ruah,
Hasilnya berkemungkinaan dengan kehidupan yang selesa dan dihormati
Hasilnya berkemungkinan penghidupan yang sentiasa dihormati
Kesemua itu begantung kepada falsafah hidup kita.

Bagaimana kita dapat mengecap kejayaaan kekajayan ini?
Hanyalah dengan mendapatkan pengetahuan atau ilmu untuk mencapai kejayaan kejayaan ini.
Mungkin dengan belajar secara formal atau tidak formal,
yang penting kita sentiasa belajar untuk mendapatkan nilai falsafah yang betul untuk hidup kita.

Anak anak abah,
Sentiaalah membaca buku buku tentang orang orang yang berjaya,
Pelajarilah rahsia kejayaan hidup mereka.
Selagi kita hidup kita perlu belajar,
Banyakkan membaca demi mempertingkatkan mutu falsafah yang kita turuti
Dan sentiasa berdoa pada Allah agar ditunjuk kearah jalan yang diredhanya

Apakah itu kegagalan?
Kegagalan adalah titik tolak untuk kita mendapatkan pengalaman yang bermakna untuk hidup ini.
Selagi kita hidup akan ada beberapa putaran kegagalan yang kita akan hadapi.
Belajarlah dari kegagalan itu untuk berusaha dengan lebih baik lagi.
Kegagalan bukan sejarah yang terus menerus menghantui hidup kita.
Ianya adalah cabaran sementara untuk kita belajar bagaimana untuk membaikinya dan menambah pengalaman untuk meneruskan penghidupan dan meningkatkan nilai falsafah hidup kita dan kita akan membuat keputusan yang lebih jitu serta bermakna dimasa hadapan.

Oleh itu, Anak anak abah,
Hadapilah hidup ini dengan nilai ilmu yang tinggi
Sentiasa membaca, mendengar dan memahami akan nilai falsafah hidup kita
Kamu mempunyai perpustakaan yang kedai buku yang mnyediakan banyak bahan bacaan tentang cara mneghapaihidup ini,
Terlalu banyak syarahan disurau, disekolah dan ditempat tempat seminar menceritakan tentang perkara ini.
Hanya kita yang perlu lebih rajin meningkatan falsah yang kita gunakan untuk hidup ini.

Friday, November 2, 2012

Letakkan matlamatmu pada perniagaan

Anak anak abah;

Letakkan matlamat dirimu pada perniagaan.
Berniatlah walaupun apa yang kamu cita citakan dalam hidup, kamu akan libatkan dirimu dalam perniagaan.
Kerana kejayaan didunia ini adalah dalam perniagaan atau menjadi pelabur kepada perniagaan
Kerana dengan perniagaan dan pelaburan, kamu mempunyai peluang untuk membina penghidupan akhirat yang lebih terjamin.

Teringat abah pada satu masa dahulu,
Semasa abah keluar bersama jemaah tabligh di India.
Ada kumpulan orang yang duduk diatas tanah Chaoudary yang sama sama keluar jemaah bersama abah.
Mereka mempunyai rumah yang dibuat dari tanah liat, mereka panaskan rumah mereka dengan menampal tahi lembu pada dinding rumah mereka.
Mereka tinggal dengan keluarga mereka ber generasi bekerja diladang ladang Chaoudary mereka.
Apa yang mereka dapat kurang dari perbelanjaan keperluan keluarga mereka.
Jadi mereka berhutang dengan Chaoudary mereka untuk hidup.
Hutang semakin banyak sehingga mereka tidak mampu untuk keluar dari cengkaman Choudary.
Begitulah mereka generasi ke generasi. Bekerja menjadi hamba ditanah CHoudary untuk hidup.
Bila ditanya apakah sebabnya, "BARANG BARANG KEPERLUAN UNTUK HIDUP ITU MAHAL"

Abah juga keluar jemaah dengan Choudary mereka.
Apa yang Choudary mereka minta abah buat, "BAI SAB, PLEASE MAKE DOA THEIR PEOPLE TO PAY THEIR DEBT"
Dia kata, orang orang yang duduk dan bekerja ditanah mereka berhutang lebi dari 1 lakh rupees pada satu jangka masa yang lama.
Mereka kata mereka perlukan duit tersebut.
Pada masa yang sama mereka tinggal dalam istana dengan jumlah duit yang banyak.
Bila anak mereka kahwin, belanja mereka jauh mengatasi hutang hutang kepada perkerja mereka.

Pertanyaan abah, yang manakah lebih berkuasa? Tuan punya tanah atau pekerja pada tuan tanah......
Sudah tentu Tuan Punya tanah.

Perkara yang sama juga berlaku pada masyarakat hari ini.
Kita semua belajar dan berusaha untuk jadi pekerja.
Kita kejar duit dan pangkat untuk penghidupan yang lebih selesa.
Kita kerja seperti pekerja kepada tuan tanah tu..
Kita kerja seperti kita tidak cukup waktu, balik lambat, tak semmpat exercise, tak sempat tengok anak anak dan lain lain.
Kenapa, untuk memenuhi keperluan hidup kita.
Beli rumah, beli kereta, bina hutang dan lain lain lain.
Kita juga complaint "BARANG BARANG KEPERLUAN UNTUK HIDUP ITU MAHAL"
Dalam bahasa ekonomi hari ini, kita panggil INFLASI.....

Kita bekerja untuk siapa.
Kita bekerja untuk ahli ahli perniagaan dan pelabur.
Cuma mereka membina satu lagi perantara antara kita dan mereka, yaitu BANK.
Mereka letak asset mereka (termasuk duit) dalam bank, untuk keperluan kita golongan pekerja.
Supaya golongan bekerja terus bekerja untuk keperluan hidup mereka dengan berhutang, bayar hutang, berhutang, bayar hutang .....
Cuma mereka tidak minta abah doakan semua golongan pekerja bayar hutang mereka,
Kenapa, kerana mereka mempunyai BANK yang kejar harta harta lain yang golongan pekerja simpan jika hutang tidak berbayar,
Sementara itu golongan pekerja minta mahkamah lindungi mereka supaya harta tak kena ambil dengan mengisytiharkan diri mereka BANKRAP.
Dengan BANKRAP, golongan janji dengan BANK melalui mahkamah, akan bayar hutang berdikit sekadar mampu dengan tolakan semua keperluan asas harian. Menyedihkan.

Kita tidak mahu diri kita dalam golongan ini.
Golongan pekerja pada tuan tanah atau golongan pekerja sahaja.
Jika kita kekal dalam golongan pekerja, kita akan terus menerus begini.
Menjadi kumpulan yang berharap sehingga pengharapan kita pada ALLAH terjejas.
Seolah olah kerja itu lebih  besar dari penumpuan kita pada DIA.

Untuk keluar dari ini, kita kena bersama golongan usahawan atau peniaga atau  pelabur.
Bersama dengan kumpulan ini, pengharapan kita benar benar dengan ALLAH. Kita tidak berharap pada sesuatu yang lain samada kita berjaya atau gagal.
Kita juga berpeluang untuk membantu golongan golongan yang lain untuk mendapatkan penghidupan yang selesa didunia ini.

Fikir fikirlah.
Jadikan perniagaan dan pelaburan sebagai matlamat hidup kita.

Saturday, September 15, 2012

Friday, June 15, 2012

NIAT USAHA TAWAKKAL

Anak anak abah,

Ingatlah tiga perkara,

NIAT
USAHA
TAWAKKAL

Setiap amalan kita mesti mulakan dengan niat
Niat kita menentukan hala tuju hidup kita
Niat yang murni bakal diberi ganjaran yang setimpal
Tentukanlah niat adalah untuk hari kemudian
Tentukanlah niat kita untuk mendapatkan pahala
Tentukanlah niat kita adalah untuk keridaannya

USAHA adalah daya kita
USAHA adalah kekuatan kita
tanpa USAHA kita tidak akan berjaya
tanpa USAHA kita tidak akan kemana mana
tetapi USAHA kita ada batasnya
tetapi USAHA kita bergantung dengan Kudrat NYA
tetapi USAHA kita bergantung kepada apa yang DIA benarkan

BERTAWAKKAL selepas kita berusaha
keputusan memang bergantung kepada NYA

Olehitu,
Pasanglah niatmu pada setiap yang hendak kita lakukan
Usahalah agar setiap yang kita hendaki dapat dijayakan
Selalulah bermunajat agar semua yang kita usahakan diberkati
Segala keputusanNYA adalah terbaik untuk kita.

Friday, March 16, 2012

Penting Mempunyai Sikap Rajin

Anak anak Abah,

Penting pada diri kita mempunyai sikap rajin.
Sikap ringan tulang ini akan membentuk diri kita menjadi orang yang berjaya.
Dengan bersikap rajin, kita akan mendapat pengalaman yang membentuk peribadi kita.
Ringan tulang juga memudahkan kita menghadapi segala cabaran yang kita akan hadapi dimasa hadapan.

Anak anak Abah,

Ketahuilah setiap tindakan dan pengalaman dipersekitaran akan membentuk siapa diri kita didalam masyarakat.
Dalam diri kita ada dua perkara yang kita penting; minda sedar dan minda separa sedar .
Minda minda inilah yang mempengaruhi sikap kita, keterampilan kita dan cara kita bertindak apabila kita berdepan dengan apa apa keputusan yang kita perlu ambil dalam hidup ini.

Anak anak Abah,

Minda sedar kita adalah minda yang kita kawal melalui penglihatan kita atau persekitaran kita dan ianya dikawal oleh otak kita.

Contohnya, Afif perlu balik ke Pasir Gudang untuk menyambung pelajarannya. Mata dan semua pancaindera kita dengan dikawal oleh otak yang akan menyuruh kaki untuk pergi ke Hentian Kajang cari tiket bas. Minda berfikir dan menyuruh afif untuk minta tolong dengan abah untuk ke Hentian Kajang. Minda sedar adalah minda yang dikawal oleh otak yang membantu kita membuat keputusan dan kita bertindak mengikut apa yang disuruh. Ianya adalah tindakan terkawal dan perlu dipelajari.

Kerana apa kita kesekolah, kita perlu belajar perkara perkara yang bakal membantu otak kita membuat keputusan. Kenapa kita banyak membaca atau mentalaah, ianya menyebabkan kita ada ilmu untuk bertindak.

Begitu juga dengan perkara perkara yang lain. Apabila kita hendak bertindak kita akan berbicara dengan otak apa perlu kita buat. Kita perlu ada ilmu untuk bertindak. Inilah dinamakan tindakan dalam minda sedar.

Anak anak Abah,

Minda yang kedua adalah minda separa sedar. Minda ini tidak dikawal dan ianya bertindak mengikut apa yang telah termaktub dalam minda kita. Disinilah, letaknya kejayaan bagi orang orang yang rajin. Tindakan ringan tulang bakal menyimpan banyak maklumat yang bakal menolong kita tanpa perlu berfikir berkenaannya.

Contoh termudah adalah tindakan menutup mata apabila bola hendak terkena muka kita. Mata tidak akan menunggu sehingga otak beritahu mata, tutup! bola nak terjah tu, baru mata kita tutup. Mata kita akan tutup dengan sendirinya. Minda separa sedar menyuruh kita lakukannya.

Begitu juga apabila kita lihat orang yang memandu kereta. Apabila mereka telah biasa memandu, minda separa sedar dengan sendiri akan mengawal tangan dan kaki mereka untuk tukar clutch, tekan minyak atau tekan brek. Bahkan tangan dan kaki akan bertindak sendiri tanpa perlu menunggu otak untuk menyuruhnya. Kenapa. Kerana orang itu telah belajar memandu kereta dan biasa memandunya. Jika mereka belum biasa, sebab itu kita selalu mendengar kereta mengaum dijalanraya.

Begitu juga semasa kamu belajar, samaada teori atau praktikal disekolah kamu. Jika kamu semua rajin dan selalu membantu kawan kawan kamu dalam pembelajaran, dengan tidak sedar, kita menyimpan tindakan yang perlu diambil dalam minda separa sedar. Jadi apabila peperiksaan atau ujian amali datang, dengan sendirinya kita boleh selesaikan dengan mudah. Kita tidak perlu memerah otak untuk mendapat jawapannya.

Anak anak Abah;

Pernah terfikir mengapa orang orang yang berjaya dalam perniaagaan nampak mudah melakukan perniagaan tersebut. Ini disebabkan mereka telah terbiasa dengan tindakan tindakan dalam perniagaan. Mereka dengan mudah membaca Akaun Syarikat dan Akaun Untung Rugi Syarikat. Ianya telah ada dalam minda separa sedar mereka. Mereka tidak perlu memerah otak untuk buat keputusan mereka.

Sebab itulah, abah minta anak anak abah menjadi lebih rajin untuk menyimpan keputusan keputusan yang perlu dalam minda separa sedar. Fikirkan apa yang kalian minat nak buat dalam hidup dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut. Kita selalu membaca bagaimana seorang fotographer yang selalu membaca buku buku berkenaan photographer selain dari bidang pelajaran yang mereka belajar disekolah. Apabila mereka telah bekerja dan mampu membeli segala peralatan tersebut, mudah untuk mereka mengambil gambar yang cantik, teknik yang menakjubkan dan mampu menghasilkan duit dari minat mereka itu. Semua ini disebabkan mereka rajin menyimpan tindakan tindakan untuk minat mereka dalam buku atau bersama orang yang selalu ambil gambar dalam minda separa sedar mereka

Anak anak Abah,

Peliharalah minda separa sedar kita ini. Sentiasalah rajinkan diri kita. Cari satu minat kita. Sentiasa buat bacaan dan cari pengalaman yang positif agar kita boleh menghadapi hidup dengan lebih berjaya lagi.

Displin kan diri diri kalian. Orang yang berjaya akan bertindak mengikut apa yang mereka hendak dan tidak mudah terpengaruh dan terikut ikut dengan kawan. Kita kena sentiasa positif dan dekatkan diri kita dengan tuhan. Inshaallah, kita akan menjadi orang yang lebih berjaya.

Monday, February 20, 2012

Pendapatan

Anak Anak Abah;

Pendapatan boleh dibahagikan kepada tiga perkara; makan gaji, pendapatan pasif dan perniagaan. Dalam hidup kita, kita akan hidup dengan satu atau dua punca pendapatan diatas. Ada yang hidup dengan makan gaji sahaja. Ada yang hidup dengan makan gaji dan pendapatan pasif. Dan ada juga yang hidup dengan melakukan ketiga tiga perkara diatas. Tetapi ketahuilah bahawa pendapatan dari perniagaanlah yang paling menguntungkan. Walaupun kita nampak yang ianya berisiko tinggi, ketahuilah bahawa ianya adalah pendapatan yang paling "rewarding" (keberhasilan). Sebab itu ada dikatakan bahawa punca rezeki itu 9/10 adalah dari pendapatan perniaagaan.

Anak Anak Abah;

Ketahuilah, abah pergi kesekolah, kolej dan universiti berusaha untuk menjadi seorang peniaga. Tetapi pada masa kini tersekat pada kaedah pendapatan makan gaji. Begitu juga kebanyakan orang diluar sana, mereka berusaha, belajar bersungguh sungguh hanya untuk mendapatkan segelung sijil agar dapat meminta kepada orang lain pekerjaan untuk makan gaji. Kenapa perkara ini berlaku? Ianya berpunca dari anggapan bahawa makan gaji itu memberi penghidupan yang selesa. Dapat gaji tiap bulan, pergi klinik dan hospital tak payah bayar, ada slip gaji untuk buat pinjaman dan mengumpul hutang dan perkara perkara lain yang nampak selesa. Ketahuilah, kesemua keselesaan tersebut semakin terhakis. Semakin banyak syarikat tak kira kecil dan besar telah menghadkan penggunaan bantuan perubatan. Gaji yang diterima semakin menguncup dan harga barangan semakin meningkat. Akhirnya, orang yang makan gaji ini akan sentiasa dalam hutang dan pengharapan untuk hidup selesa. Setelah bersara, mereka menjadi risau kerana duit KWSP yang disimpan puluhan tahun itu semakin hari semakin menguncup dan tidak mampu menampung hidup yang lebih lama.

Anak Anak Abah,

Oleh kerana pendapatan makan gaji adalah tawaran yang ada dihadapan kita, maka kita harus terus kan usaha untuk mendapatkan yang terbaik. Belajarlah atas apa yang kalian usahakan agar kalian berjaya dan mendapatkan pekerjaan yang diimpikan.

Tetapi kita jangan berhenti disitu. Dalam makan gaji, kita kena belajar untuk mendapatkan pendapatan dari punca pendapatan yang lain. Teruskan bekerja dengan niat mempertingkatkan pengetahuan dan pengalaman. Cari peluang untuk mempertingkatkan skill diri kita sendiri. Banyakan membaca untuk mendapat pengetahuan bagaiman untuk mendapatkan pendapatan pasif atau lebih baik lagi melalui perniaagaan. Kita tidak boleh selesa untuk makan gaji sahaja kerana ianya tidak menjanjikan hidup yang selesa dikemudian hari. Kita kena berusaha melibatkan diri dalam pendapatan pasif dan perniaagaan.

Anak Anak Abah;

Apakah itu pendapatan pasif? Ianya adalah pendapatan yang mengalir dalam akaun kita walaupun kita sedang melakukan perkara yang lain. Pendapatan yang terhasil walaupun kita dalam keadaan tidur. Pendapatan ini abah boleh kategorikan kepada tiga jenis pendapatan pasif; keuntungan dari pasaran saham, keuntungan dari unit saham amanah dan keuntungan dari pelaburan tanah atau perumahan. Pendapatan pasif ini perlukan ilmu pengetahuan. Ramai yang rugi dalam pasaran saham kerana mereka tidak pernah membaca strategi orang orang yang berjaya dalam pasaran saham. Ramai tidak dapat hasil yang tinggi dari unit amanah saham kerana mereka tidak tahu macamana nak kaut keuntungan dari pelaburan itu. Begitu juga pelaburan pada hartanah sepatutnya memberi pulangan bulanan yang positif tetapi tidak dapat dimenafaatkan. Bayang jika kita beli rumah dan buat bayaran RM800 ke bank tetapi disewa pada harga RM1200 sudah tentu keuntungan bulanannya RM400. Tetapi kita kena ada ilmu bagaimana hendak bertindak. Jadi, abah nasihatkan pada anak anak abah banyakkan pembacaan bagaimana kita mampu menghasilkan pendapatan pasif ini. Dengan pendapatan pasif inilah juga kita akan mampu untuk bersara awal dari pekerjaan melalui pendapatan makan gaji.

Anak Anak Abah;

Jadikan matlamat pada sanubari kamu untuk berkecimpung dalam perniagaan. Perniagaan walaupun nampak berrisiko, ianya akan memberi pendapatan yang berterusan. Ketahuilah, bahawa dalam apa sahaja kita buat, ada masalahnya. Bagitu juga dalam perniaagaan. Ianya juga akan ada masalah. Tetapi dengan usaha yang berterusan, Inshaallah, perniagaan akan beri kita pendapatan yang berterusan dan memuaskan. Ketahuilah, ramai dikalangan orang yang berjaya adalah dari mereka yang berniaga. Kita boleh lihat perkara ini disekitar kita.

Didalam perniagaan ada dua asas ilmu yang perlu kamu dalami; CASH FLOW (PENGURUSAN TUNAI) dan BALANCE SHEET. Abah minta anak anak abah cuba pelajari kedua dua ilmu ini kerana ianya adalah asas perniaagaan.

Anak anak abah;

Ini adalah punca punca pendapatan untuk kita teruskan penghidupan ini. Kita mungkin kena mulakan dengan makan gaji, tetapi tetapkanlah niat kalian untuk berniaga. Semasa kamu belajar inilah kamu kena tingkatkan ilmu untuk bertindak dalam mendapatkan pendapatan yang lain juga.

Ketahuilah, semasa abah ambil Ijazah Kejuteraan di Australia dulu, abah juga ambil modul Pengurusan Perniagaan (Business Administration), Accounting, Undang Undang Perniagaan (Business Laws) dan Ekonomi (Economics). Memang telah ada niat untuk berkecimpung untuk bidang tersebut. Doakanlah abah mampu melakukannya dalam masa terdekat. Dalam pada itu, semasa kamu belajar ini, jika ada peluang, cuba tingkatkan pengetahuan pada asas asas peniagaan.

Monday, February 13, 2012

Persevere / Istiqamah

Anak Anak Abah;

Oxford Dictionary mengatakan "continue in a course of action in spite of difficulty or lack of success". Dengan lain perkataan, kita akan terus lakukan perkara tersebut walaupun kita hadapi banyak rintangan dan kegagalan. Ianya adalah sifat yang perlu ada pada diri kita semua untuk kita lebih berjaya.

Anak Anak Abah;

Dalam bahasa Arab, ianya dinamakan Istiqamah. Kita akan terus lakukan ibadat tersebut walaupun banyak halangan. Sebagai contoh, seseorang itu terus melakukan ibadat sembahyang secara berjemaah walaupun banyak perkara yang menghalang kerana dia tahu bahawa sembahyang secara berjemaah itu 27 kali lebih baik dari sembahyang sendirian.

Anak Anak Abah;

Kenapa kita perlu bina sifat ini? Sifat ini bakal membentuk jatidiri untuk kita berjaya. Ianya adalah asas kepada semua kejayaan. Kita akan teruskan apa sahaja yang kita usaha (yang kita buat)sehingga berjaya. Tidak kira samada orang suka ataupun tidak. Tidak kira apa orang akan kata. Yang penting adalah kejayaan pada usaha tersebut. Tidak kira jika usaha kita itu belum membuahkan hasil yang kita hendakkan, malah kita akan terus berusaha. Walaupun, pada masa masa tertentu kita menghadapi kegagalan sementara, kita akan terus usahakan sehinggalah membuahkan hasil yang kita wacanakan.

Anak Anak Abah;

Apa yang hendak kita usahakan? Ini terletak pada matlamat kita pada satu satu masa tertentu. Contohnya, matlamat Afif di Pasir Gudang adalah untuk mendapatkan SKM1 & 2. Afif akan berusaha mendapatkannya walaupun apa sahaja halangan yang timbul dari guru, kawan kawan dan apa sahaja. Usaha tetap diteruskan sehingga berjaya. Begitu juga Ariff; matlamat ke MIAT adalah untuk License Aircraft Engineer. Tumpuan harus diberi kearah itu walaupun Ariff perlu menghabiskan Ijazah Teknologi Kapalterbang. Dengan fokus yang jitu, inshaallah kita akan berjaya. Begitu juga Aiman; kena ada matlamat nak jadi apa. Beri tumpuan dari sekarang dan Inshaallah dalam SPM, Aiman akan mampu melakukannya. Walaupun ada halangan atau kesusahan seperti tak cukup duit, tak cukup masa dan lain lain, Aiman akan terus memberi tumpuan untuk berjaya.

JADI KITA KENA ADA MATLAMAT YANG POSITIF DAN TERUS USAHA SECARA ISTIQAMAH. Bill Gates tidak meletakkan kegagalan dia tidak dapat Ijazah sebagai kegagalan berterusan. Tetapi dia meletakkan matlamat agar setiap isi rumah bakal mampu memiliki komputer menyebabkan dia menjadi orang yang berjaya. Tony Fernandez tidak meletakkan kekecewaan tidak dapat pulang ke Malaysia setiap tahun semasa di sekolah menengah di England sebagai kegagalan. Tetapi dia menggunakannya untuk membina semangat dari kekecewaan itu dengan motto "Everyone Can Flies" dan terhasillah Air Asia.

Anak Anak Abah;

Apa yang penting sekarang adalah untuk kalian meletakkan matlamat apa yang kalian hendak buat untuk hidup. Tekadkan azam dan tulis matlamat itu pada kertas atau atas benda yang mudah untuk kita lihat. Buat pelan untuk mencapai matlamat tersebut. Yang penting, kita suka pada apa matlamat kita itu. KITA KENA BUAT PERKARA YANG KITA SUKA DAN IANYA ADALAH MATLAMAT YANG POSITIF. Mungkin usaha bermula dari perkara yang kecil kecil dan teruskan usaha sehingga matlamat itu tercapai.

Anak Anak Abah;

Sebagai permulaan, kita mulakan dengan perkara perkara yang kecil dulu dan kita buatkannya sebagai tabiat. Bina satu tabiat kepada tabiat yang lain. Kita kena rajin untuk membina tabiat tabiat tersebut. Sebagai contoh, sayangkan barang sendiri, kemaskan barang dan bilik sendiri agar sedap mata kita memandang. Tentukan basuh kasut sekolah setiap hari sabtu. Sediakan pakaian untuk sekolah pada malam sebelum hari sekolah dan lain lain lagi. Bila kita istiqamah melakukan perkara perkara kecil ini, Inshallah, perkara yang lebih besar akan kita capai dengan lebih mudah lagi.

Sunday, February 12, 2012

DUIT

Anak Anak Abah;

Kita kena mulakan pemahaman tentang pengurusan kewangan pada usia muda. Pada usia bila kamu mula mengenali apa itu duit. Kerana duit memberi kesan kepada kehidupan harian kita.

Anak Anak Abah;

Perkara pertama yang kita kena tanamkan dalam diri ialah kita hendak mempunyai banyak duit. Kerana bila kita ada banyak duit, hidup kita akan menjadi lebih selesa. Kita perlu sayangkan duit yang ada pada kita. Dengan kita menyayangi duit, kita akan lebih berfikir bagaimana hendak menggunakan duit tersebut. Kita akan menggunakan duit itu hanya untuk memenuhi keperluan. Kita tidak akan mudah menghabiskan duit untuk beli top-up yang digunakan untuk berbual kosong dengan kawan kawan.

Anak Anak Abah;

Untuk mempunyai banyak duit, kita kena mulakan dengan menyimpan. Kita kena cuba simpan sebanyak mana duit yang kita dapat dalam tempat yang selamat seperti Bank dan Tabung Haji. Kita kena mula menabung.

Walaubagaimanapun, duit juga perlu digunakan untuk makan, minum dan pakaian. Jangan dengan ada duit kita lapar. Kita kena makan dan minum. Tetapi tentang pakaian, beli yang mana perlu sahaja. Tak perlu pada jenama yang ada di Times Square tetapi pada pakaian yang biasa yang menutup aurat kita.

Anak Anak Abah;

Bila kita mempunyai banyak duit yang disimpan, kita mempunyai harta. Duit dalam simpanan adalah harta. Dengan harta, kita akan mampu untuk penghidupan yang selesa. Lihat pada hidup orang yang tidak mempunyai harta, mereka akan sentiasa meminta minta. Mereka akan sentiasa dipandang hina. Tetapi lihat pada mereka yang mempunyai harta, mereka akan sentiasa dipandang tinggi, seperti Bills Gates, Steve Jobs dan Syed Mokhtar Al Bukhari.

Anak Anak Abah;

Bagaimana orang orang ini berjaya menyimpan harta? Bagaimana mereka dapat menyimpan banyak duit? Ianya bermula dari sifat; sifat menyimpan duit. Pendapatan yang tinggi tidak menjanjikan orang itu menjadi orang yang berharta. Kerana ramai orang yang berpendapatan tinggi hidup dalam hutang dan gundah gulana. Pada masa yang sama, ada orang yang berpendapatan rendah yang mempunyai harta kerana mereka mampu menyimpan sebahagian pendapatan mereka dan rasa gembira.

BUKAN PENDAPATAN TINGGI ATAU RENDAH MENENTUKAN SESEORANG ITU BERHARTA, TETAPI SIFAT MENYIMPAN SEBAHAGIAN DARI APA YANG KITA ADA AKAN MENENTUKAN KITA ADALAH ORANG YANG BERHARTA.