Sunday, April 11, 2010

Anak anak Abah;

Masa kecil kecil dulu, abah juga suka bermain
Banyak juga masa dihabiskan untuk bermain
Tidak seperti masa kamu semua;
banyak masa dihabiskan dirumah

Banyak masa kesungai
Banyak masa kekolam tadahan
Banyak masa dengan basikal
Banyak masa dengan kawan kawan

Abah gembira
Abah suka
Abah ceria

Tapi ini semua dilakukan dengan kawalan

Abah tidak boleh keluar rumah sebelum habis hafal sifir
Abah tidak boleh keluar rumah sebelum habiskan kerja sekolah

Mak abah tak bagi keluar

Masa tu abah marah
Masa tu abah nangis
Masa tu abah memberontak

Tapi sebenarnya

ITULAH YANG TELAH MEMBENTUK DIRI ABAH
ITULAH YANG TELAH MENYEBABKAN ABAH JADI BERJAYA
ITULAH YANG TELAH MEMBANTU ABAH DALAM PEMBELAJARAN ABAH

Oleh itu anak anak abah
Tetapkanlah hati hati mu untuk belajar
Bagi peluang kepada pelajaranmu sebelum bermain

Abah amat berterima kasih pada Mak Abah (Nenek bagimu) kerana telah membentuk abah jadi sebegini
Abah tidak akan dapat membalasnya walaupun mempunyai emas sebesar gunung
Semoga pengorbanannya dibalas dengan rahmat yang besar disana nanti

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Sunday, April 4, 2010

Keikhlasan

Anak anak ku;

Tetapkankanlah di hati mu
Sematkanlah di pemikiran mu
Olahkanlah dalam tindakan mu
Bahawa apa saja yang dizahirkan didunia adalah untuk penghidupan yang kekal abadi;

Yang penting adalah niat kita
Yang penting adalah matlamat kita
Yang penting adalah tindakan kita
Yang penting adalah kejayaan kita;

Perkara lain adalah perkara kedua
Kita yang akan berdiri sendiri dihadapan Yang Maha Esa
Kita yang akan berhadapan dengan segala pembalasan di Akhirat nanti
Kita yang akan berjawab dengan semua persoalan yang ditimbulkan disana
Kita yang akan bersendiri menghadapi ini semua;

Tiada ibu bapa
Tiada datuk dan nenek
Tiada saudara mara
Tiada sahabat dan taulan
Yang ada hanyalah syafaat dari Nabi Kita Muhammad (SAW);

Oleh itu teguhkanlah hatimu
Hadapi dengan tenang hari hari mu didunia ini
Tetapkan niatmu bahawa apa yang kita lakukan hanyalah untuk Allah Subhanahu Wa Taala
Dan perbanyakkkanlah Selawat dan Salam atas junjungan kita Nabi (SAW)