Sunday, April 21, 2019

Happy Birthday Abah

Salam Semua.

Pada masa kamu membaca nukilan ini, umur abah 54 tahun. Wow, 54 tahun abah telah hidup. Banyak pengalaman yang abah dapat. Banyak perkara yang abah belajar. Lebih lama dan banyak pengalaman dari  kehidupan ini, lebih banyak lagi yang abah faham apa yang terjadi.

Kita kena sentiasa belajar dari setiap perkara dalam penghidupan kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya disisi Allah SWT. Allah sayang kita semua. Allah beri yang terbaik kepada sepanjang mana kita beranggapan baik dengan DIA. Wahai anak anak ku semua, sentiasa berusaha memberi yang terbaik dan  mengharap yang terbaik. Sentiasa berdoa dan bertawakal dengan Nya.

Anak anak abah semua, (Ini termasuk juga Fatin ya). Izinkan abah ceritakan ringkasa perjalanan kerja abah pada masa ini dalam Bahasa Inggeris.

I was good in my work. I started by resolving many issues for Telekom Malaysia. I has been involved with so many projects in my early stage with TM. I have been presenting paper start from my 1st  year working working with TM. I had presented the paper in Malaysia and even overseas. I had been travelling overseas alot in 90's. I had been in Sweden thrice, in Finland for 1 months, in  France twice, in Norway, in UK for five times, in Singapore twice, in HK, in Japan. All of that for TM.

I had been involved in project to the cost of more than RM200 millions thrice.

Dengan pengalaman kerja begini, kalau kira sepatutnya memegang jawatan yang lebih tinggi. Tetapi ianya tidak. Apabila kita semua kerja untuk orang, semua perkara ini bukan dalam pegangan kita. Kita mesti lakukan yang terbaik atas apa sahaja yang ditawarkan dihadapan kita. Keputusannya masih bergantung pada banyak faktor luaran. Jadi pada anak anak abah ketahuilah, apabila kita makan gaji, kita kena beri yang terbaik. Tapi jika kesannya tidak berpihak pada kita, terus beri yang terbaik, Insya Allah akan ada keputusan yang baik dalam penghidupan kita.

ALHAMDULILLAH, ABAH AMAT BERSYUKUR YANG ABAH DIANUGERAHKAN ISTERI, ANAK ANAK DAN ANAK MENANTU YANG TAAT, SABAR DAN BERSYUKUR. DAN ANAK ANAK YANG MAMPU MENGURUSKAN DIRI SENDIRI DAN SENTIASA BERUSAHA YANG TERBAIK. ITU ADALAH ANUGERAH YANG TERBAIK UNTUK ABAH.

Anak Anak Abah Semua,

Pada masa ini, semua anak abah telah dewasa. Walaupun kamu semua ada masih mentah dengan pengalaman hidup, kamu secara undang undang, sudahpun dewasa. Esok, Azeem anak bongsu abah akan berumur 18 tahun. Dah tak ada had umur untuk tengok filem dipanggung. He he he...

Abah ingin mengimbau kembali model kehidupan yang pernah abah ceritakan pada tahun 2014 yang lalu. Model kehidupan yang pernah dibangunkan oleh Robert Kiyosaki.



Employed ( Golongan Pekerja)

Pekerja seperti abah dan anak anak abah semua adalah golongan yang memperdagangkan masa dan usaha untuk pendapatan. Kita jual masa, fikiran dan ilmu yang diusahakan untuk mendapatkan duit untuk hidup. Kita diberi kerja yang perlu kita selesaikan. Ingat, kita diperintahkan kerana orang yang memberi pekerjaan itu setiap perkara yang kita lakukan mendatangkan keuntungan pada mereka. Golongan pekerja tidak bebas menggunakan masa untuk diri sendiri. Mereka perlu minta cuti untuk melakukan perkara seperti pergi melancung atau bersama keluarga.

Pasang niat anak anak ku bahawa selama berada dalam golongan pekerja, kita hendak belajar tentang proses proses kerja tersebut. Bagaimana keseluruhan perniaagaan itu dijalankan. Mendalami setiap bidang ilmu; dari jualan (sales) ke operasi sampai kepada pemahaman simpan kira (accounting) dalam pekerjaan kita. Pasang niat nan satu hari nanti kita akan keluar dari terus menjadi pekerja kepada golongan peniaga kepada Peniaga yang menyediakan pekerjaan untuk orang lain. Atau pada hujungnya, menjadi pelabur kepada perniaagaan yang sentiasa memberi keuntungan.

Self Employed (Bekerja Sendiri)

Anak anak ku. Jangan tertipu dengan janji janji manis untuk bekerja sendiri. Jangan kita rasa (tanpa ilmu yang kukuh) yang kita boleh berniaga. Orang yang bekerja sendiri sebenarnya bekerja kepada perniagaan dia sendiri. Kita dagangkan masa dan usaha kita untuk perniagaan kita sendiri. Ianya lebih teruk dari golongan pekerja. Kerana ianya melibatkan emosi kita. Kita kerja kita ada duit dan kena fikirkan untuk dapatkan duit tersebut. Jadi kita akan dagangkan lebih masa (kemungkinan lebih panjang dari golongan pekerja) dan usaha untuk perkara tersebut. Kita akan menjadi terlalu sibuk malah lebih sibuk dari golongan pekerja. Cuba kita lihat peguam dan doktor yang membuka klinik atau pejabat guaman mereka sendiri. Dengan masa yang terhad itulah mereka perlu dagangkan untuk pendapatan mereka.

Abah pernah menyatakan hasrat tersebut pada Arwah Atuk untuk berhenti kerja dan buka perniagaan sendiri seperti pasar malam kerana tekanan kerja. Arwah Atuk nasihatkan abah terus sabar kerana jika abah kerja pasar malam, masa abah untuk keluarga akan hilang. Sekurangnya sekarang, walaupun dalam tekanan kerja, pendapatan dan masa untuk keluarga masih lagi terkawal.

Kedua model kehidupan ini Employed dan Self Employed bekerja untuk duit. Jadi duit yang kita dapat, kita simpan untuk hidup yang lebih selesa. Tambahkan ilmu perniagaan dengan niat untuk membuka perniagaan di kemudian hari. Hatta, dengan duit simpanan dan ilmu itu, kita boleh menjadi pelabur yang berjaya dengan melabur hanya ditempat yang betul. Kita menjadi pelabur bijak.


Business Owner (Tuanpunya Perniagaan Besar)

Anak anak abah. Jadilah golongan ketiga. Buka satu satu perniaagaan. Kumpul duit untuk membuka perniagaan tersebut. Tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan ilmu. Bukan secara buta tuli. Tanpa ilmu kita akan hilang arah. Cari ilmu dan hadiri kursus kursus yang perlu untuk membuka perniagaan tersebut. Paling mudah, mulakan perniagaan Franchise yang boleh kita belajar proses mereka. Ini salah satu contohnya.

Peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bayar orang lain bekerja sepenuhnya untuk mereka. Peniaga yang mengawal perniagaan mereka dari jauh. Mereka ada proses kerja tersedia untuk golongan yang dibayar gaji mendapatkan pendapatan untuk mereka. Yang paling berjaya, mereka buka perniaagaan, siapkan proses kerja, pergi jauh. Setahun kemudian, perniagaan mereka mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi.

Jadi anak anak ku semua, fikirkanlah perniagaan yang hendak dijalankan. Buat pelan bagaimana perniagaan tersebut boleh dibangunkan dan cari pekerja yag boleh dipercayai untuk menjalankan perniagaan tersebut. WE SHOULD NOT BE THERE. Tidak kiralah apa saja perniagaan, kita menjadi TOWKEY (Business Owner) bukan pekerja. Contoh, CEO Genting punyai banyak ships pelancungan tapi bukan dia yang jalankan perniagaan tersebut.

Investor (Pelabur)

Anak anak abah. Menjadi pelabur mestilah menjadi matlamat kita semua. Apabila kita menjadi pelabur, kita akan letakkan duit kita di tempat yang betul. Kita akan laburkan duit kita untuk menghasilkan pulangan yang tinggi pada duit kita.

Terdapat beberapa jenis pelabur. Dua jenis pelabur yang besar adalah pelaburan secara terus di Bursa Saham atau perniagaan perniagaan yang terpilih. Pelaburan begini memerlukan pengetahuan yang tinggi. Ianya mengundang risiko yang tinggi. Seperti dibursa saham kuala lumpur hatta DJIA di Amerika, tanpa pengetahuan dan komitmen yang tinggi, untuk berjaya amat payah. Ianya memerlukan ilmu yang cukup tentang penganalisaan syarikat yang kita labur untuk berjaya.

Pelaburan kedua yang popular adalah menggunakan pihak kedua menjalankan pelaburan kita. Contohnya syarikat syarikat yang menjalankan perniaagaan saham melalui saham amanah yang keuntungan dikongsi sama kita. Untuk merasa pulangan ini, abah galakkan anak anak abah buat pinjaman untuk duit disimpan di ASB. Abanglong dan Abangah mempunyai pengalaman ini. Cuba simpan pulangan yang diberi kembali dalam akaun agar ianya bertambah dimasa hadapan. Untuk Aiman, bila stabil, sila buat perkara yang sama. Abah hendak anak anak abah merasa macamana menjadi pelabur kepada syarikat yang menjalankan perniagaan. Begitulah perasaan orang kaya yang gunakan orang lain (yang bekerja di PNB atau Public Mutual dan lain lain) menghasilkan pulangan pendapatan kepada walaupun mereka tidur.

Dua golongan ini Business Owner dan Investor adalah golongan yang duit bekerja untuk mereka. Kita kena strive untuk menjadi golongan ini. Harapan abah, anak anak akan mendalami ilmu agar berada dan berjaya dalam golongan ini.



Anak Anak Abah.

Harapan abah, agar anak anak jelas kepada model kehidupan yang abah bentangkan ini. Pilihlah model kehidupan sebagain tuan punya syarikat dan/atau pelabur.

Untuk Abah yang telah berumur 54 tahun ini, cita cita abah hanyalah menjadi pelabur saham yang berjaya. Bukan sahaja untuk diri Abah, tapi untuk anak anak abah dan juga masyarakat Melayu di Nusantara Insya Allah. Abah masih lagi dalam proses mempelajari segala seluk beluk dalam pelaburan saham. Walaupun abah telah terlibat dalam saham untuk pasaran saham, banyak lagi yang perlu dipelajari. Abah sedang berusaha untuk memperbaiki diri. Abah akan lebih kerap berkursus dan terlibat dengan pelabur saham sebelum berumur 55 tahun.

Dalam pada itu, abah juga akan berusaha dengan bantuan kalian untuk membuka perniagaan. Membuka bisnis yang mana abah tidak perlu berada disitu. Disinilah, kita akan berbincang macamana boleh kita bangunkan bisnis bisnis tersebut. Insya Allah, outing kita dimasa hadapan, kita akan adakan slot untuk perbincangan ini. Abah perlukan perniagaan yang boleh membantu keluarga kita yang mana, mama dan abah tidak perlu lagi memikirkan tentang duit lagi. Insya Allah.


Terima Kasih atas ingatan Birthday Abah. Insya Allah, doakan semoga dipermudahkan untuk abah berjaya mencapai cita cita abah.

Sila lihat kembali post Abah 15/09/2012:  Kita Ada Matlamat. Abah nak ke stage 3.

22hb April 2019.