Friday, March 16, 2012

Penting Mempunyai Sikap Rajin

Anak anak Abah,

Penting pada diri kita mempunyai sikap rajin.
Sikap ringan tulang ini akan membentuk diri kita menjadi orang yang berjaya.
Dengan bersikap rajin, kita akan mendapat pengalaman yang membentuk peribadi kita.
Ringan tulang juga memudahkan kita menghadapi segala cabaran yang kita akan hadapi dimasa hadapan.

Anak anak Abah,

Ketahuilah setiap tindakan dan pengalaman dipersekitaran akan membentuk siapa diri kita didalam masyarakat.
Dalam diri kita ada dua perkara yang kita penting; minda sedar dan minda separa sedar .
Minda minda inilah yang mempengaruhi sikap kita, keterampilan kita dan cara kita bertindak apabila kita berdepan dengan apa apa keputusan yang kita perlu ambil dalam hidup ini.

Anak anak Abah,

Minda sedar kita adalah minda yang kita kawal melalui penglihatan kita atau persekitaran kita dan ianya dikawal oleh otak kita.

Contohnya, Afif perlu balik ke Pasir Gudang untuk menyambung pelajarannya. Mata dan semua pancaindera kita dengan dikawal oleh otak yang akan menyuruh kaki untuk pergi ke Hentian Kajang cari tiket bas. Minda berfikir dan menyuruh afif untuk minta tolong dengan abah untuk ke Hentian Kajang. Minda sedar adalah minda yang dikawal oleh otak yang membantu kita membuat keputusan dan kita bertindak mengikut apa yang disuruh. Ianya adalah tindakan terkawal dan perlu dipelajari.

Kerana apa kita kesekolah, kita perlu belajar perkara perkara yang bakal membantu otak kita membuat keputusan. Kenapa kita banyak membaca atau mentalaah, ianya menyebabkan kita ada ilmu untuk bertindak.

Begitu juga dengan perkara perkara yang lain. Apabila kita hendak bertindak kita akan berbicara dengan otak apa perlu kita buat. Kita perlu ada ilmu untuk bertindak. Inilah dinamakan tindakan dalam minda sedar.

Anak anak Abah,

Minda yang kedua adalah minda separa sedar. Minda ini tidak dikawal dan ianya bertindak mengikut apa yang telah termaktub dalam minda kita. Disinilah, letaknya kejayaan bagi orang orang yang rajin. Tindakan ringan tulang bakal menyimpan banyak maklumat yang bakal menolong kita tanpa perlu berfikir berkenaannya.

Contoh termudah adalah tindakan menutup mata apabila bola hendak terkena muka kita. Mata tidak akan menunggu sehingga otak beritahu mata, tutup! bola nak terjah tu, baru mata kita tutup. Mata kita akan tutup dengan sendirinya. Minda separa sedar menyuruh kita lakukannya.

Begitu juga apabila kita lihat orang yang memandu kereta. Apabila mereka telah biasa memandu, minda separa sedar dengan sendiri akan mengawal tangan dan kaki mereka untuk tukar clutch, tekan minyak atau tekan brek. Bahkan tangan dan kaki akan bertindak sendiri tanpa perlu menunggu otak untuk menyuruhnya. Kenapa. Kerana orang itu telah belajar memandu kereta dan biasa memandunya. Jika mereka belum biasa, sebab itu kita selalu mendengar kereta mengaum dijalanraya.

Begitu juga semasa kamu belajar, samaada teori atau praktikal disekolah kamu. Jika kamu semua rajin dan selalu membantu kawan kawan kamu dalam pembelajaran, dengan tidak sedar, kita menyimpan tindakan yang perlu diambil dalam minda separa sedar. Jadi apabila peperiksaan atau ujian amali datang, dengan sendirinya kita boleh selesaikan dengan mudah. Kita tidak perlu memerah otak untuk mendapat jawapannya.

Anak anak Abah;

Pernah terfikir mengapa orang orang yang berjaya dalam perniaagaan nampak mudah melakukan perniagaan tersebut. Ini disebabkan mereka telah terbiasa dengan tindakan tindakan dalam perniagaan. Mereka dengan mudah membaca Akaun Syarikat dan Akaun Untung Rugi Syarikat. Ianya telah ada dalam minda separa sedar mereka. Mereka tidak perlu memerah otak untuk buat keputusan mereka.

Sebab itulah, abah minta anak anak abah menjadi lebih rajin untuk menyimpan keputusan keputusan yang perlu dalam minda separa sedar. Fikirkan apa yang kalian minat nak buat dalam hidup dan sentiasa meningkatkan pengetahuan dan pengalaman dalam bidang tersebut. Kita selalu membaca bagaimana seorang fotographer yang selalu membaca buku buku berkenaan photographer selain dari bidang pelajaran yang mereka belajar disekolah. Apabila mereka telah bekerja dan mampu membeli segala peralatan tersebut, mudah untuk mereka mengambil gambar yang cantik, teknik yang menakjubkan dan mampu menghasilkan duit dari minat mereka itu. Semua ini disebabkan mereka rajin menyimpan tindakan tindakan untuk minat mereka dalam buku atau bersama orang yang selalu ambil gambar dalam minda separa sedar mereka

Anak anak Abah,

Peliharalah minda separa sedar kita ini. Sentiasalah rajinkan diri kita. Cari satu minat kita. Sentiasa buat bacaan dan cari pengalaman yang positif agar kita boleh menghadapi hidup dengan lebih berjaya lagi.

Displin kan diri diri kalian. Orang yang berjaya akan bertindak mengikut apa yang mereka hendak dan tidak mudah terpengaruh dan terikut ikut dengan kawan. Kita kena sentiasa positif dan dekatkan diri kita dengan tuhan. Inshaallah, kita akan menjadi orang yang lebih berjaya.