Friday, December 24, 2010

Sesungguhnya itulah punya manusia

Anak anak ku,

Kita punya kemahuan diri

Kita punya kehendak yang tiada penghujungnya

Kita punya mimpi yang tiada penghujung

Sesungguhlah itulah punya manusia



Sejak adanya Adam dan Hawa,

punya ini telah mencorakkan dunia

punya ini telah membentuk tamadun kehidupan

punya ini telah menimbulkan banyak isu kepada manusia

Sesungguhnya itulah punya manusia



Anak anak ku,

Sejak mulanya kehidupan ini hanya punya yang sama dengan punya Allah sahaja yang berjaya

Allah telah menetapkan pada kita bahawa penghidupan ini ada penghujungnya

Allah telah memberi pentunjuk dimanakah sempadan punya kita

Sesungguhnya itulah punya manusia



Kita kena belajar

Kita kena selalu mendengar

Kita kena "Lakukan apa yang disuruh oleh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang"

Kita kena ikut apa yang diturunkan melalui Al Quran

Kita kena ikut apa yang diamalkan oleh Nabi SAW

Sesungguhnya itulah punya manusia



Dimanakah kita dapatkan ini semua

Apabila kita selalu mengunjungi rumah rumah Allah (surau dan masjid)

Apabila kita selalu berdampingan dengan manusia yang dekat dengan Allah

Apabila kita selalu menjaga amalan yang diperintahkan oleh Allah

Sesungguhnya itulah punya manusia



Anak anak ku,

Mungkin ini yang kurang dalam didikan abah

Selalu berdampingan dengan rumah dan manusia yang dekat dengan Allah

Abah seru agar lapangkanlah dirimu untuk perkara perkara ini

Saturday, December 11, 2010

KENCING MANIS

Hari ini Wan ku keluar hospital lagi
Semuanya berpunca dari kencing manis

Hendak dilawan jangan dipotong lagi
Tetapi ibu jari terpaksa pergi
Tidak boleh .. tidak boleh .. tidak boleh ..
Tetapi kawan katil sebelah terpaksa dipotong separuh kaki
Ada juga yang telah dipotong tangan tangan mereka
Semuanya berpunca dari kencing manis

Apakah punca semua ini anak anak ku
Semuanya berpunca dari kencing manis

Kita kata kencing manis
Kita salahkan kencing manis
Kita marahkan kencing manis
Semuanya berpunca dari kencing manis

Anak anak ku
Ketahuilah kencing manis berpunca dari kita
Berpunca dari tabiat makan kita
Berpunca dari cara makan kita
Berpunca dari kebiasaan kita

Air tin, air kotak, air teh tarik dan lain lain lagi
Air manis, air oren, air anggur, air apel dan lain lain lagi
Makan nasi berlebihan
Makan kuih yang manis berlebihan
Makan kek berlebihan
Makan coklat berlebihan
dan lain lain lagi

Puncanya kita
Kita kena kawal nafsu kita
Kita kena kawal pemakanan kita
Kita kena kawal cara minum kita

Barulah kita tak mengata pada kencing manis
Barulah kita tak salahkan pada kencing manis
Barulah kita tak marah pada kencing manis

Amalkan penghidupan yang sihat
Berhenti makan sebelum kenyang
Tentukan 1/3 perut kita untuk udara
Banyak minum air putih
Inshaallah kencing manis akan tersipu sipu beransur pergi

Thursday, December 9, 2010

AZEEM BERSUNAT

Dah dewasa anak abah yang bongsu ini
Lebih menggembirakan apabila ianya dikongsi bersama oleh abang abang nya


Anak anak abah,

inilah semangat yang kita perlukan
kita akan sentiasa bersama apabila seorang dari kita susah
memang menyakitkan apabila doktor jahit azeem bila dah tak ada bius
abah dah sampai nak suruh doktor berhenti

tetapi semangat anak anak abah amat memberansangkan
abanglong beri kata semangat
abangngah suruh dan pegang tangannya
abah pegang kaki dia
dan dia dapat mengatasinya

Inilah semangat yang perlu kita tanamkan dalam diri kita semua...
AKAN SENTIASA BERSAMA APABILA SESIAPA DALAM KESUSAHAN


Terima kasih