Tuesday, October 7, 2014

Yakin kita

Wahai semua anak anak abah.

Keyakinan kita adalah asas yang paling penting kepada kehidupan kita. Ianya membentuk jiwa yang tenang dan tegas.

Yakinlah Allah berkuasa dan berkehendak kepada sesuatu yang berlaku didunia ini. Kudrat (kuasa) dan Iradah (kehendak) Allah S.W.T. tiada batasnya. Apabila Allah S.W.T. berkata jadi maka jadilah ia. Segala yang bergerak adalah dalam pelan Allah S.W.T.

Allah SWT hanya meminjamkan kita sedikit sahaja kuasa dan kehendak pada kita. Itupun pada ruang lingkup keperluan kita di dunia ini. Untuk kita membuat keputusan dalam menjalani penghidupan kita di dunia. Untuk kita buat usaha atas perkara yang kita impikan dalam hidup ini.

Tapi ketahuilah, walau apa pun usaha kita, keputusan atau kesan dari usaha itu masih milik Allah swt. Ada masa keputusan itu bertepatan dengan harapan kita dan ada masanya tidak. Kita kena sabar dan redha dengannya kerana ianya hak Allah swt.

Kadang kadang keputusan itu bersangkutan dengan keadaan semasa, kadang kadang bersangkutan dengan Dia atau perbuatan orang orang terdahulu atau orang tua seperti datuk dan nenek dari kita dan bermacam macam lagi. Wallahualam.

Jadi apa yang penting pada kita adalah usaha, DOA dan tawakkal. Jangan ada rasa risau, kecewa dan tak puas hati dalam hidup. Walau APA pun berlaku, terus berusaha dan berdoa. Positif Dan teruskan hidup.

No comments:

Post a Comment