Thursday, October 16, 2014

Tanamkan cita cita mu menjadi pelabur

Empat anak abah yang diatas berada dipersimpangan mengejar kareer mu. Abah juga begitu juga pada umur seperti kamu. Untuk adik kita ditingkatan satu itu, kita biarkan dia bermain dahulu. Insyaallah kita bantu dia sedikit sedikit sehingga dia bersedia semasa spm.
Pada umur kamu, pemikiran abah tertumpu pada soal agama dan pelajaran. Seperti yang abah ceritakan dahulu, pengalaman abah masa itu tertumpu pada dua perkara ini. Abah berjaya mengharunginya dan berjaya apa yang abah cita citakan. Platform abah masa itu terlibat dengan Tabligh dan memberi tumpuan pada pembelajaran university abah. Tabligh sebenarnya medan untuk belajar berdakwah bukan pendakwah terlatih. Alhamdulillah, sifat yang abah ada ini adalah kesan penglibatan itu dan abah berjaya mendapat segulung ijazah, Bachelor in Communication Engineering.
Begitu juga untuk anak anak abah. Ini adalah masa terbaik untuk kalian semua mendalami agama mu dan jangan hilang fokus dalam pelajaranmu. Capaikan yang terbaik atas apa yang kalian usahakan. Sesungguhnya yang terbaik adalah dari Yang Maha ESA.
Anak anak abah. Keputusan abah pada masa abah habis belajar adalah ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Abah sudah cuba buat persediaan dengan mengambil beberapa elektif subjek perniagaan semasa program ijazah abah. Abah ambil subject Business Admin, Accounting, Business Law dan Economics. Abah lulus dengan  high distinction untuk subjects tersebut. Tapi rezeki belum memihak pada abah. Walaubagaimanapun ia membantu atas segala keputusan perniagaan dipersekitaran abah kini. Ilmu sentiasa berguna bila dipelajari.
Pengalaman kerja abah di TM ini akan diceriterakan dimasa hadapan. But masa ini abah hanya ingin membincangkan model bidang kerjaya yang boleh anak anak abah ceburi. Abah ambil model yang dibangunkan oleh Robert Kiyosaki. Model kehidupan insan pada masa kini. Dia membahagikan kareer kehidupan kepada (employee) pekerja, (self employed) kerja sendiri, (business owner) tuan punya perniagaan dan (investor) pelabur.

No comments:

Post a Comment