Wednesday, October 29, 2014

Kita hendak jadi apa

Apakah pilihan kamu selepas ini? Kamu hendak jadi apa? Setelah sibuk mentelaah pelajaranmu, sudah tentu kamu mengejar mencapai apa saja cita cita mu.

Pada tulisan yang lalu abah ada perkatakan bidang kerja manusia pada masa kini. Abah ambil model yang diceritakan oleh Kiyosaki dalam bukunya. Model membahagikan manusia kepada 4 bidang kerjaya.













Pertama adalah golongan pekerja. Kerjaya ini adalah kumpulan kerjaya yang terbanyak pada masa kini. Golongan ini, termasuk abah, dibayar atas masa dan usaha yang abah beri kepada syarikat ataupun kerajaan. Kebanyakan orang yang dalam kumpulan umur abah disediakan untuk menjadi golongan pekerja. Golongan ini dari budak pejabat ke CEO satu satu syarikat "employed" untuk melakukan tugasan demi mencapai matlamat syarikat. Begitu juga seorang budak penghantar surat dipejabat sehingga Perdana Menteri, golongan ini dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Pilihan yang ada adalah menurut perintah. Didalam syarikat atau tugasan kerajaan, kamu akan dilatih demi menghasilkan kerja yang lebih baik atau efisien. Sepertimana abah, anak anak abah juga akan melalui bidang kerjaya ini selepas habis belajar. Apa yang anak abah boleh buat semasa berada dalam golongan "employed" adalah sentiasa mempelajari segala skill terutamanya soft-skill seperti kepimpinan, penghasilan kerja dan displin kerja demi menghadapi masa hadapan. Jika kesemua displin tersebut telah menjadi tabiat yang biasa pada diri kita, kita akan lebih berjaya. Untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi, displin ini amat penting. Begitu juga jika kita bertukar kerjaya, kita akan lebih bersedia. Tapi ketahuilah bahawa untuk mencapai pangkat yang tinggi, banyak faktor mempengaruhi. Semakin tingga makin kurang peluang yang ada. Kerana bilangan orang yang menjadi CEO hanya seorang dalam satu satu syarikat. Fikirkanlah. Untuk berjaya dalam kumpulan ini, sentiasa menurut perintah dan jangan membantah.  

Kumpulan kedua pula agak sibuk penghidupannya. Kumpulan is kita panggil "self-employed". Dalam bahasa melayu selalu dinamakan bekerja sendiri. Tetapi hakikat sebenarnya adalah bekerja untuk membangunkan syarikat kita sendiri. Nampak secara luaran menguntungkan tetapi kesibukan amat membembankan. Yang mendapat pendapatan yang tinggi adalah dikalangan Doktor dan Peguam yang membuka Klinik atau Syarikat mereka sendiri. Oleh kerana ianya adalah kepunyaan syarikat mereka sendiri, mereka akan bekerja siang dan malam untuk memastikan kejayaan syarikat mereka sendiri. Kesannya, kerana limitasi kepada masa yang mereka ada (setiap orang ada 24 jam sahaja) dan skill yang mereka ada, mereka akan rasa kesibukan yang melampau. Kadang kadang terkesan kepada keluarga mereka sendiri. Tetapi jika dibuat dengan iltizam yang tinggi, pulangannya lumayan. Kadang kadang ada juga dikalangan orang yang makan gaji berpindah kearah ini. Mereka buka gerai di pasar malam. Mereka buka kedai makan yang mereka jaga sendiri atau katering yang tidak mempunyai pekerja yang tetap. Kumpulan "self-employed" akan sentiasa sibuk dan jika ada dikalangan anak anak abah yang nak bergerak kearah ni, buat perkiraan antara kesibukan dan pendapatan. Jika pendapatan jauh lebih lumayan, ianya boleh dipertimbangkan. Jika tidak, pertingkatkanlah displin diri sebagai employee yang "employed" oleh syarikat atau kerajaan.

Jika kita hendak jadi golongan kiri quadrant Kiyosaki diatas, kita perlu sentiasa membaiki diri kita. Meningkatkan skill diri, sentiasa sihat tubuh badan dan sedia menghadapi segala pengaruh pekerjaan untuk kita meningkat. Banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan pangkat kita dan kita sentiasa berharap pada orang dipersekitaran kita. Kadang kadang, kawan dia dilantik mendahului kita juga boleh mengecewakan kita. Kita perlu bekerja dengan penuh ikhlas.

Golongan kiri ini menghendaki penglibatan aktif pada diri kita. Tiada kata penat atau malas. Limitasi masa dan pengetahuan sentiasa menjadi cabaran berterusan. Apabila kita berada dalam kumpulan ini, kita kena sentiasa memperbaiki diri agar sentiasa bergerak kearah lebih baik. Cuma positifnya, tekanan untuk menentukan hala tuju syarikat atau kerajaan kita kongsikan secara ramai.

Pada artikel akan datang abah akan menceritakan golongan sebelah kanan yakni Business Owner (tuanpunya bisnis) dan Investor (Pelabur). Kedua dua golongan inilah yang dapat menikmati hidup secara total. Mereka adalah golongan yang membantu orang lain untuk hidup dan pulangan sangat lumayan.

No comments:

Post a Comment