Sunday, April 21, 2019

Happy Birthday Abah

Salam Semua.

Pada masa kamu membaca nukilan ini, umur abah 54 tahun. Wow, 54 tahun abah telah hidup. Banyak pengalaman yang abah dapat. Banyak perkara yang abah belajar. Lebih lama dan banyak pengalaman dari  kehidupan ini, lebih banyak lagi yang abah faham apa yang terjadi.

Kita kena sentiasa belajar dari setiap perkara dalam penghidupan kita. Setiap yang berlaku ada hikmahnya disisi Allah SWT. Allah sayang kita semua. Allah beri yang terbaik kepada sepanjang mana kita beranggapan baik dengan DIA. Wahai anak anak ku semua, sentiasa berusaha memberi yang terbaik dan  mengharap yang terbaik. Sentiasa berdoa dan bertawakal dengan Nya.

Anak anak abah semua, (Ini termasuk juga Fatin ya). Izinkan abah ceritakan ringkasa perjalanan kerja abah pada masa ini dalam Bahasa Inggeris.

I was good in my work. I started by resolving many issues for Telekom Malaysia. I has been involved with so many projects in my early stage with TM. I have been presenting paper start from my 1st  year working working with TM. I had presented the paper in Malaysia and even overseas. I had been travelling overseas alot in 90's. I had been in Sweden thrice, in Finland for 1 months, in  France twice, in Norway, in UK for five times, in Singapore twice, in HK, in Japan. All of that for TM.

I had been involved in project to the cost of more than RM200 millions thrice.

Dengan pengalaman kerja begini, kalau kira sepatutnya memegang jawatan yang lebih tinggi. Tetapi ianya tidak. Apabila kita semua kerja untuk orang, semua perkara ini bukan dalam pegangan kita. Kita mesti lakukan yang terbaik atas apa sahaja yang ditawarkan dihadapan kita. Keputusannya masih bergantung pada banyak faktor luaran. Jadi pada anak anak abah ketahuilah, apabila kita makan gaji, kita kena beri yang terbaik. Tapi jika kesannya tidak berpihak pada kita, terus beri yang terbaik, Insya Allah akan ada keputusan yang baik dalam penghidupan kita.

ALHAMDULILLAH, ABAH AMAT BERSYUKUR YANG ABAH DIANUGERAHKAN ISTERI, ANAK ANAK DAN ANAK MENANTU YANG TAAT, SABAR DAN BERSYUKUR. DAN ANAK ANAK YANG MAMPU MENGURUSKAN DIRI SENDIRI DAN SENTIASA BERUSAHA YANG TERBAIK. ITU ADALAH ANUGERAH YANG TERBAIK UNTUK ABAH.

Anak Anak Abah Semua,

Pada masa ini, semua anak abah telah dewasa. Walaupun kamu semua ada masih mentah dengan pengalaman hidup, kamu secara undang undang, sudahpun dewasa. Esok, Azeem anak bongsu abah akan berumur 18 tahun. Dah tak ada had umur untuk tengok filem dipanggung. He he he...

Abah ingin mengimbau kembali model kehidupan yang pernah abah ceritakan pada tahun 2014 yang lalu. Model kehidupan yang pernah dibangunkan oleh Robert Kiyosaki.



Employed ( Golongan Pekerja)

Pekerja seperti abah dan anak anak abah semua adalah golongan yang memperdagangkan masa dan usaha untuk pendapatan. Kita jual masa, fikiran dan ilmu yang diusahakan untuk mendapatkan duit untuk hidup. Kita diberi kerja yang perlu kita selesaikan. Ingat, kita diperintahkan kerana orang yang memberi pekerjaan itu setiap perkara yang kita lakukan mendatangkan keuntungan pada mereka. Golongan pekerja tidak bebas menggunakan masa untuk diri sendiri. Mereka perlu minta cuti untuk melakukan perkara seperti pergi melancung atau bersama keluarga.

Pasang niat anak anak ku bahawa selama berada dalam golongan pekerja, kita hendak belajar tentang proses proses kerja tersebut. Bagaimana keseluruhan perniaagaan itu dijalankan. Mendalami setiap bidang ilmu; dari jualan (sales) ke operasi sampai kepada pemahaman simpan kira (accounting) dalam pekerjaan kita. Pasang niat nan satu hari nanti kita akan keluar dari terus menjadi pekerja kepada golongan peniaga kepada Peniaga yang menyediakan pekerjaan untuk orang lain. Atau pada hujungnya, menjadi pelabur kepada perniaagaan yang sentiasa memberi keuntungan.

Self Employed (Bekerja Sendiri)

Anak anak ku. Jangan tertipu dengan janji janji manis untuk bekerja sendiri. Jangan kita rasa (tanpa ilmu yang kukuh) yang kita boleh berniaga. Orang yang bekerja sendiri sebenarnya bekerja kepada perniagaan dia sendiri. Kita dagangkan masa dan usaha kita untuk perniagaan kita sendiri. Ianya lebih teruk dari golongan pekerja. Kerana ianya melibatkan emosi kita. Kita kerja kita ada duit dan kena fikirkan untuk dapatkan duit tersebut. Jadi kita akan dagangkan lebih masa (kemungkinan lebih panjang dari golongan pekerja) dan usaha untuk perkara tersebut. Kita akan menjadi terlalu sibuk malah lebih sibuk dari golongan pekerja. Cuba kita lihat peguam dan doktor yang membuka klinik atau pejabat guaman mereka sendiri. Dengan masa yang terhad itulah mereka perlu dagangkan untuk pendapatan mereka.

Abah pernah menyatakan hasrat tersebut pada Arwah Atuk untuk berhenti kerja dan buka perniagaan sendiri seperti pasar malam kerana tekanan kerja. Arwah Atuk nasihatkan abah terus sabar kerana jika abah kerja pasar malam, masa abah untuk keluarga akan hilang. Sekurangnya sekarang, walaupun dalam tekanan kerja, pendapatan dan masa untuk keluarga masih lagi terkawal.

Kedua model kehidupan ini Employed dan Self Employed bekerja untuk duit. Jadi duit yang kita dapat, kita simpan untuk hidup yang lebih selesa. Tambahkan ilmu perniagaan dengan niat untuk membuka perniagaan di kemudian hari. Hatta, dengan duit simpanan dan ilmu itu, kita boleh menjadi pelabur yang berjaya dengan melabur hanya ditempat yang betul. Kita menjadi pelabur bijak.


Business Owner (Tuanpunya Perniagaan Besar)

Anak anak abah. Jadilah golongan ketiga. Buka satu satu perniaagaan. Kumpul duit untuk membuka perniagaan tersebut. Tetapi ianya hendaklah dilakukan dengan ilmu. Bukan secara buta tuli. Tanpa ilmu kita akan hilang arah. Cari ilmu dan hadiri kursus kursus yang perlu untuk membuka perniagaan tersebut. Paling mudah, mulakan perniagaan Franchise yang boleh kita belajar proses mereka. Ini salah satu contohnya.

Peniaga yang berjaya adalah peniaga yang bayar orang lain bekerja sepenuhnya untuk mereka. Peniaga yang mengawal perniagaan mereka dari jauh. Mereka ada proses kerja tersedia untuk golongan yang dibayar gaji mendapatkan pendapatan untuk mereka. Yang paling berjaya, mereka buka perniaagaan, siapkan proses kerja, pergi jauh. Setahun kemudian, perniagaan mereka mendapatkan pendapatan yang lebih tinggi.

Jadi anak anak ku semua, fikirkanlah perniagaan yang hendak dijalankan. Buat pelan bagaimana perniagaan tersebut boleh dibangunkan dan cari pekerja yag boleh dipercayai untuk menjalankan perniagaan tersebut. WE SHOULD NOT BE THERE. Tidak kiralah apa saja perniagaan, kita menjadi TOWKEY (Business Owner) bukan pekerja. Contoh, CEO Genting punyai banyak ships pelancungan tapi bukan dia yang jalankan perniagaan tersebut.

Investor (Pelabur)

Anak anak abah. Menjadi pelabur mestilah menjadi matlamat kita semua. Apabila kita menjadi pelabur, kita akan letakkan duit kita di tempat yang betul. Kita akan laburkan duit kita untuk menghasilkan pulangan yang tinggi pada duit kita.

Terdapat beberapa jenis pelabur. Dua jenis pelabur yang besar adalah pelaburan secara terus di Bursa Saham atau perniagaan perniagaan yang terpilih. Pelaburan begini memerlukan pengetahuan yang tinggi. Ianya mengundang risiko yang tinggi. Seperti dibursa saham kuala lumpur hatta DJIA di Amerika, tanpa pengetahuan dan komitmen yang tinggi, untuk berjaya amat payah. Ianya memerlukan ilmu yang cukup tentang penganalisaan syarikat yang kita labur untuk berjaya.

Pelaburan kedua yang popular adalah menggunakan pihak kedua menjalankan pelaburan kita. Contohnya syarikat syarikat yang menjalankan perniaagaan saham melalui saham amanah yang keuntungan dikongsi sama kita. Untuk merasa pulangan ini, abah galakkan anak anak abah buat pinjaman untuk duit disimpan di ASB. Abanglong dan Abangah mempunyai pengalaman ini. Cuba simpan pulangan yang diberi kembali dalam akaun agar ianya bertambah dimasa hadapan. Untuk Aiman, bila stabil, sila buat perkara yang sama. Abah hendak anak anak abah merasa macamana menjadi pelabur kepada syarikat yang menjalankan perniagaan. Begitulah perasaan orang kaya yang gunakan orang lain (yang bekerja di PNB atau Public Mutual dan lain lain) menghasilkan pulangan pendapatan kepada walaupun mereka tidur.

Dua golongan ini Business Owner dan Investor adalah golongan yang duit bekerja untuk mereka. Kita kena strive untuk menjadi golongan ini. Harapan abah, anak anak akan mendalami ilmu agar berada dan berjaya dalam golongan ini.



Anak Anak Abah.

Harapan abah, agar anak anak jelas kepada model kehidupan yang abah bentangkan ini. Pilihlah model kehidupan sebagain tuan punya syarikat dan/atau pelabur.

Untuk Abah yang telah berumur 54 tahun ini, cita cita abah hanyalah menjadi pelabur saham yang berjaya. Bukan sahaja untuk diri Abah, tapi untuk anak anak abah dan juga masyarakat Melayu di Nusantara Insya Allah. Abah masih lagi dalam proses mempelajari segala seluk beluk dalam pelaburan saham. Walaupun abah telah terlibat dalam saham untuk pasaran saham, banyak lagi yang perlu dipelajari. Abah sedang berusaha untuk memperbaiki diri. Abah akan lebih kerap berkursus dan terlibat dengan pelabur saham sebelum berumur 55 tahun.

Dalam pada itu, abah juga akan berusaha dengan bantuan kalian untuk membuka perniagaan. Membuka bisnis yang mana abah tidak perlu berada disitu. Disinilah, kita akan berbincang macamana boleh kita bangunkan bisnis bisnis tersebut. Insya Allah, outing kita dimasa hadapan, kita akan adakan slot untuk perbincangan ini. Abah perlukan perniagaan yang boleh membantu keluarga kita yang mana, mama dan abah tidak perlu lagi memikirkan tentang duit lagi. Insya Allah.


Terima Kasih atas ingatan Birthday Abah. Insya Allah, doakan semoga dipermudahkan untuk abah berjaya mencapai cita cita abah.

Sila lihat kembali post Abah 15/09/2012:  Kita Ada Matlamat. Abah nak ke stage 3.

22hb April 2019.

Wednesday, November 15, 2017

Anak anak Abah.

Masa begitu cepat berlalu. Hampir dua tahun abah tidak manulis apa apa disini.

Yalah, setelah pemergian arwah atukmu kesana, banyak peristiwa yang berlaku. Banyak perkara yang tidak dapat abah catitkan. Abah memang sesungguhnya ingin berkongsi pengalaman hidup ini dengan kamu. Tapi dimanakah kesibukan yang tidak dapat abah rungkaikan menyebabkan nukilan tersebut tidak dapat dicoretkan. Walaubagaimanapun, abah akan terus berusaha agar coretan ini berpanjangan.

Abanglong,

Alhamdulillah, Allah telah menemukan jodoh kamu pada usia yang muda. Ketahuilah, ianya adalah satu anugerah dari Nya. Jadi apabila perkara itu adalah satu anugerah, maka hendaklah kita jaga dalam ruang lingkup perintahnya.

Antara kandungan ucapan yang abah hendak sampai pada hari persandingan mu dulu adalah;

  1. Ketahuilah bahawa kejayaan kita dalam hidup ini bergantung kepada "sejauh mana kita mengikut perintah Allah dan meninggalkan segala larangan Allah". Oleh itu kita kena usaha macamana hendak mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T. Setiap perbuatan kita adalah usaha kita yang menisbahkan hasil penghidupan kita di dunia dan akhirat. Lebih 50 tahun dalam pengalaman hidup abah, abah lihat hasil penghidupan orang dipersekitaran abah adalah hasil dari setiap tindakan mereka dalam hidup. Samada tindakan untuk hidup lebih selesa dan senang, penghidupan yang lebih kaya atau koloborasi hidup dengan insan dipersekitaran kita menentukan kejayaan kita dikemudian hari, samada di dunia dan juga akhirat kelak.
  2. Ketahuilah bahawa kejayaan dalam perhubungan juga bergantung kepada pergantungan kita kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya, setiap insan mempunyai kekurangan yang tersendiri. Keadaan persekitaran masa membesar juga membina "habit" yang tersendiri. Sebagai insan yang lemah, kita selalu mempunyai tahap expetasi yang tinggi dari pasangan kita. Ketahuilah, expetasi ini bakal lebih melemahkan kita. Apa yang perlu pada diri kita dan pasangan kita adalah kejujuran, berusaha memberi yang terbaik dan sentiasa memperbaiki untuk memberi yang terbaik. Letakkan sepenuhnya kepercayaan dalam hubungan kita hanyalah pada Allah SWT dan selalu berharap padanya.
  3. Insha Allah, Allah akan sentiasa memberkati hidup kamu sekeluarga.
Fatin, selamat datang dalam famili ini. Selamat menghadapi hidup baru dengan famili ini. 


Bangah,

Pada hari minggu yang lalu (12/11/2017), bangah telah membuktikan bahawa diri bangah mampu "break the impossible". Abah tahu berapa peritnya untuk mencapai kejayaan tersebut, tetapi ianya telah memberikan satu pengalaman dan kepuasan pada diri bangah sendiri. Tahniah.

Ada dua detik yang masih berlingkar dalam ingatan abah dalam masa bangah belajar ini. Bangah katakan pada Abah bahawa Calculus itu susah. Bangah tak faham dan bangah katakan pada abah, bangah faham cara bangah sahaja. Masa itu, kata semangat yang abah dapat sampaikan hanyalah, jika bangah dapat lepas Tahun Dua GMI, diploma dalam genggaman bangah. Alhamdulillah, bangah dapat mengatasinya. Detik yang kedua adalah detik menyiapkan FYP (Final Year Project) yang tension terkesan sehingga semasa kita buka puasa dirumah atuk itu. Atuk juga faham akan apa yang berlaku. Alhamdulillah, bangah dapat mengatasinya.

Jadi untuk bangah dan semua anak anak abah, nothing impossible in this world. Apa yang perlu kita lakukan, SET DIRECTION, MAKE DECISION and FACE ALL THE CHALLENGES. The success is coming.


Aina,

I know you can do it. I have a trust in you that you will excel on your study. No doubt about it. You complete your KMS program successfully and be able to get a good course @UITM. Alhamdulillah.

But your journey @UITM amaze me. Involve in Kesatria. With all the challenges, with all the pain, until "tercabut kuku ibujari kaki", you make it. That amaze me. But be known, that you will never get this sort of experience after this. These experiences will increase you wisdom. Abah longing for my experiences with St John Ambulance when I was in form 3 to form 5. You will cherish those moments until the end of your life. It builds your personality. Go for it.


Banglang,

Tiga tahun sudah Banglang di Perlis. Cabaran itu banyak. Ianya pasti. Alhamdulillah, you manage to face those challenges there. 

Abah tahu bahawa kau juga terlibat dengan program Alam Sekitar peringkat sekolah di Negeri Perlis. Bukan sekadar sebagai ahli tetapi Ketua. Abah harap segala pengalaman itu tersemat di sanubari dan boleh dipraktikan untuk kegunaan lagi dimasa hadapan.


Azeem,

Setalah hampir tiga tahun melayan Azeem bermain bola, pada sabtu yang lalu (11/11/2017), abah nampak, confidence telah mula menyerlah. Terima kasih pada Abanglong yang memberi laluan untuk Azeem berlatih dengan PKNS. Azeem kena terus menujukan kejituan diri untuk lebih bersedia lagi. Jangan sesekali berputus asa.




Anak anak abah, sekadar ini celoteh abah buat masa ini. Insyallah akan menulis lagi.

ABAH

Sunday, July 31, 2016

Balasungkawa untuk atuk.

Telah 40 hari atuk meninggalkan kita.
Tenanglah atuk di sana.

Anak anak abah
Izinkan abah nukilkan satu epilog untuk atuk.

"Abah,

      telah sempurna perjalananmu didunia yang fana' ini,
      telah sempurna urusan mu untuk kami didunia ini,
      telah sempurna kegigihanmu memenuhi keperluan hidup kami selama ini.

      kami nampak usahamu yang tak mengenal erti letih membesarkan kami,
      kami lihat kegigihanmu pergi kerja sebelum berkumandang azan dinihari
      kami alami kejujuranmu menghantar kami kesekolah,
      semuanya kau lakukan tanpa ada kedengaran keluh kesah dari mulutmu.

      apabila ada peluang untuk menambah pendapatan,
      kau lakukan bersama.
      setelah penat bekerja, kau masih mampu membantu menyediakan bahan jualan.
      goreng pisang, karipap, nasi lemak dan beberapa jenis jualan yang lain dapat disediakan.
      malahan kau beri peluang pada kami untuk berjualan di rumah pangsa dan berek askar berdekatan.
      pengalaman inilah yang mengajar kami dengan realiti penghidupan.

      fokusmu pada pelajaran tidak pernah pudar dalam hidupmu.
      bukan hanya pada kami malahan pada anak cucumu.
      ianya menjadi budaya pada dirimu sehingga semuanya yang berjumpa denganmu akan diperingatkan.
      terimakasih abah kerana berkat keprihatinan mu, ianya juga menjadi penting dalam keluarga ini.
      terimakasih abah dan In Sha Allah akan terus along usahakan menjadi budaya zuriatmu yang bakal mendatang.

Abah,

      masih kuat dalam ingatan kami yang abah seorang yang tegas dan garang.
      tiada gurauan yang berlebih lebihan.
      kesempitan hidup semasa kami kecil menyebabkan abah lebih serius.
      tetapi 25 tahun masa selepas persaraan mu adalah satu anugerah Allah.
      abah dapat mendampingkan diri dengan anak cucumu.
      sesungguhnya anak anak along telah membesar dengan budayamu.
      ketahuilah ini adalah satu nikmat dari yang mana Esa.
     
Abah,

     sesungguhnya kau tidak pernah meminta balasan atas apa yang kau usahakan untuk kami
     malahan kami yang kurang dan kebanyakan masa tidak dapat memenuhi keperluan asas untukmu.
     maafkan kami abah, maafkan kami.
     kami hargai keprihatinanmu
     kami hargai kesabaranmu
     kami hargai hidup mu bersama kami.

    
Abah,

     DOA kami agar kau tenang disana
     bersama rahmat tuhan yang mana Esa
     semampu kami akan kami usahakan
     agar amalan mu berterusan sehingga hari kita dipertemukan disana.

      tenanglah abah disana"
     

Friday, March 11, 2016

Hidup perlu bermula

Kehidupan adalah satu anugerah dari Allah SWT. Tiada yang lebih bermakna selain pemberian yang Maha Esa.

Hidup ini penuh dengan perjalanan nya tersendiri. Alllah telah menjuruskan penghidupan abah yang Alhamdulillah pada penghidupan yang mudah. Walaupun hidup dalam serba kekurangan dari segi  wang ringgit atau harta benda, tetapi pengalaman hidup adalah pengalaman yang mudah untuk abah. Semuanya bermula dari niat yang baik dan iltizam yang tinggi. Ketahuilah anak anak anak, tanpa niat dan iltizam yang tinggi, kita hanyalah seorang pengembara yang sesat didunia ini.

Telah 50 tahun berlalu. Banyak perkara yang abah nak kongsikan dengan kalian. Kerana semua pengalaman ini akan jadi sia sia dan tiada dapat kalian pergunakan jika abah simpan untuk diri abah. Abah harap perceritaan abah pada beberapa hari yang mendatang ini akan dapat kalian menafaat untuk kehidupan kalian juga. Insyallah.

Bermula dengan kehidupan kecil yang serba kekurangan. Baju yang dipakai kebanyajan pakaian yang telah digunakan oleh orang lain. Kadang koyak dicelah kelangkang, abah akan jahit untuk abah gunakan. Pernah satu ketika, Mak Long kamu, mak Danial mengalami sakit perut yang melampau. Abah manghantar bersama ke Hospital Universiti, PJ. Apabila sampai disana baru abah sedar seluar yang abah pakai koyak besar di kelangkang. Malu rasanya tetapi itulah realiti kehidupan.

Pada masa kita serba kekurangan, kita tidak akan ada rasa hendak komplen. Kita akan lebih redha. Baju baru hanya dibeli pada musim raya sahaja. Itu pun dengan bantuan mak saudara yang lain. Alhamdulillah, suasana abah masa itu sentiasa bersyukur dengan apa yang ada. Tidak pernah ada rasa juga untuk meminta yang lebih. Duit belanja sekolah adalah 20sen ke 30sen semasa sekolah rendah dan 30 ringgit untuk sebulan semasa di sekolah menengah. Jika hendak beli apa apa yang istimewa, dari duit itulah abah kumpulkan.

Keistimewaan masa itu ialah mempunyai ibu yang sentiasa senang pada keadaan dan tidak pernah terdengar meminta lebih dari yang ada. Dia mampu mengadakan suasana yang menggembirakan pada setiap masa. Terima kasih mak.

Pada masa di sekolah menengah rendah, abah pernah menjaja kuih dan nasi lemak untuk membantu keluarga. Pergi dari rumah kerumah untuk setiap rumah pangsa bersebelahan kampung setinggan abah. Masa inilah ada duit lebih yang abah gunakan untuk ke perpustakaan negara. Pada masa itu berada di Jalan Raja Laut, KL. Abah akan pergi setiap sabtu. Lepaslah duit tambang dan minum pagi disana. Kebiasaannya kedai mamak abah akan makan roti canai dan minum fanta grape. Itu dah kira mewah. Dan abah puas kerana semuanya atas usaha abah sendiri. Kita puas bila kita mampu laksanakan hasil dari usaha kita sendiri. Abah belajar masa abah kecil. Usaha berdikari yang diterapkan dikalangan anak abah masa kini diharap dapat membuktikan perenggan ini. Bravo anak anak abah.

Wednesday, October 29, 2014

Kita hendak jadi apa

Apakah pilihan kamu selepas ini? Kamu hendak jadi apa? Setelah sibuk mentelaah pelajaranmu, sudah tentu kamu mengejar mencapai apa saja cita cita mu.

Pada tulisan yang lalu abah ada perkatakan bidang kerja manusia pada masa kini. Abah ambil model yang diceritakan oleh Kiyosaki dalam bukunya. Model membahagikan manusia kepada 4 bidang kerjaya.













Pertama adalah golongan pekerja. Kerjaya ini adalah kumpulan kerjaya yang terbanyak pada masa kini. Golongan ini, termasuk abah, dibayar atas masa dan usaha yang abah beri kepada syarikat ataupun kerajaan. Kebanyakan orang yang dalam kumpulan umur abah disediakan untuk menjadi golongan pekerja. Golongan ini dari budak pejabat ke CEO satu satu syarikat "employed" untuk melakukan tugasan demi mencapai matlamat syarikat. Begitu juga seorang budak penghantar surat dipejabat sehingga Perdana Menteri, golongan ini dibayar gaji untuk melaksanakan tugasan yang diberi. Pilihan yang ada adalah menurut perintah. Didalam syarikat atau tugasan kerajaan, kamu akan dilatih demi menghasilkan kerja yang lebih baik atau efisien. Sepertimana abah, anak anak abah juga akan melalui bidang kerjaya ini selepas habis belajar. Apa yang anak abah boleh buat semasa berada dalam golongan "employed" adalah sentiasa mempelajari segala skill terutamanya soft-skill seperti kepimpinan, penghasilan kerja dan displin kerja demi menghadapi masa hadapan. Jika kesemua displin tersebut telah menjadi tabiat yang biasa pada diri kita, kita akan lebih berjaya. Untuk kenaikan pangkat yang lebih tinggi, displin ini amat penting. Begitu juga jika kita bertukar kerjaya, kita akan lebih bersedia. Tapi ketahuilah bahawa untuk mencapai pangkat yang tinggi, banyak faktor mempengaruhi. Semakin tingga makin kurang peluang yang ada. Kerana bilangan orang yang menjadi CEO hanya seorang dalam satu satu syarikat. Fikirkanlah. Untuk berjaya dalam kumpulan ini, sentiasa menurut perintah dan jangan membantah.  

Kumpulan kedua pula agak sibuk penghidupannya. Kumpulan is kita panggil "self-employed". Dalam bahasa melayu selalu dinamakan bekerja sendiri. Tetapi hakikat sebenarnya adalah bekerja untuk membangunkan syarikat kita sendiri. Nampak secara luaran menguntungkan tetapi kesibukan amat membembankan. Yang mendapat pendapatan yang tinggi adalah dikalangan Doktor dan Peguam yang membuka Klinik atau Syarikat mereka sendiri. Oleh kerana ianya adalah kepunyaan syarikat mereka sendiri, mereka akan bekerja siang dan malam untuk memastikan kejayaan syarikat mereka sendiri. Kesannya, kerana limitasi kepada masa yang mereka ada (setiap orang ada 24 jam sahaja) dan skill yang mereka ada, mereka akan rasa kesibukan yang melampau. Kadang kadang terkesan kepada keluarga mereka sendiri. Tetapi jika dibuat dengan iltizam yang tinggi, pulangannya lumayan. Kadang kadang ada juga dikalangan orang yang makan gaji berpindah kearah ini. Mereka buka gerai di pasar malam. Mereka buka kedai makan yang mereka jaga sendiri atau katering yang tidak mempunyai pekerja yang tetap. Kumpulan "self-employed" akan sentiasa sibuk dan jika ada dikalangan anak anak abah yang nak bergerak kearah ni, buat perkiraan antara kesibukan dan pendapatan. Jika pendapatan jauh lebih lumayan, ianya boleh dipertimbangkan. Jika tidak, pertingkatkanlah displin diri sebagai employee yang "employed" oleh syarikat atau kerajaan.

Jika kita hendak jadi golongan kiri quadrant Kiyosaki diatas, kita perlu sentiasa membaiki diri kita. Meningkatkan skill diri, sentiasa sihat tubuh badan dan sedia menghadapi segala pengaruh pekerjaan untuk kita meningkat. Banyak faktor yang mempengaruhi kenaikan pangkat kita dan kita sentiasa berharap pada orang dipersekitaran kita. Kadang kadang, kawan dia dilantik mendahului kita juga boleh mengecewakan kita. Kita perlu bekerja dengan penuh ikhlas.

Golongan kiri ini menghendaki penglibatan aktif pada diri kita. Tiada kata penat atau malas. Limitasi masa dan pengetahuan sentiasa menjadi cabaran berterusan. Apabila kita berada dalam kumpulan ini, kita kena sentiasa memperbaiki diri agar sentiasa bergerak kearah lebih baik. Cuma positifnya, tekanan untuk menentukan hala tuju syarikat atau kerajaan kita kongsikan secara ramai.

Pada artikel akan datang abah akan menceritakan golongan sebelah kanan yakni Business Owner (tuanpunya bisnis) dan Investor (Pelabur). Kedua dua golongan inilah yang dapat menikmati hidup secara total. Mereka adalah golongan yang membantu orang lain untuk hidup dan pulangan sangat lumayan.

Thursday, October 16, 2014

Tanamkan cita cita mu menjadi pelabur

Empat anak abah yang diatas berada dipersimpangan mengejar kareer mu. Abah juga begitu juga pada umur seperti kamu. Untuk adik kita ditingkatan satu itu, kita biarkan dia bermain dahulu. Insyaallah kita bantu dia sedikit sedikit sehingga dia bersedia semasa spm.
Pada umur kamu, pemikiran abah tertumpu pada soal agama dan pelajaran. Seperti yang abah ceritakan dahulu, pengalaman abah masa itu tertumpu pada dua perkara ini. Abah berjaya mengharunginya dan berjaya apa yang abah cita citakan. Platform abah masa itu terlibat dengan Tabligh dan memberi tumpuan pada pembelajaran university abah. Tabligh sebenarnya medan untuk belajar berdakwah bukan pendakwah terlatih. Alhamdulillah, sifat yang abah ada ini adalah kesan penglibatan itu dan abah berjaya mendapat segulung ijazah, Bachelor in Communication Engineering.
Begitu juga untuk anak anak abah. Ini adalah masa terbaik untuk kalian semua mendalami agama mu dan jangan hilang fokus dalam pelajaranmu. Capaikan yang terbaik atas apa yang kalian usahakan. Sesungguhnya yang terbaik adalah dari Yang Maha ESA.
Anak anak abah. Keputusan abah pada masa abah habis belajar adalah ingin melibatkan diri dalam perniagaan. Abah sudah cuba buat persediaan dengan mengambil beberapa elektif subjek perniagaan semasa program ijazah abah. Abah ambil subject Business Admin, Accounting, Business Law dan Economics. Abah lulus dengan  high distinction untuk subjects tersebut. Tapi rezeki belum memihak pada abah. Walaubagaimanapun ia membantu atas segala keputusan perniagaan dipersekitaran abah kini. Ilmu sentiasa berguna bila dipelajari.
Pengalaman kerja abah di TM ini akan diceriterakan dimasa hadapan. But masa ini abah hanya ingin membincangkan model bidang kerjaya yang boleh anak anak abah ceburi. Abah ambil model yang dibangunkan oleh Robert Kiyosaki. Model kehidupan insan pada masa kini. Dia membahagikan kareer kehidupan kepada (employee) pekerja, (self employed) kerja sendiri, (business owner) tuan punya perniagaan dan (investor) pelabur.

Tuesday, October 7, 2014

Yakin kita

Wahai semua anak anak abah.

Keyakinan kita adalah asas yang paling penting kepada kehidupan kita. Ianya membentuk jiwa yang tenang dan tegas.

Yakinlah Allah berkuasa dan berkehendak kepada sesuatu yang berlaku didunia ini. Kudrat (kuasa) dan Iradah (kehendak) Allah S.W.T. tiada batasnya. Apabila Allah S.W.T. berkata jadi maka jadilah ia. Segala yang bergerak adalah dalam pelan Allah S.W.T.

Allah SWT hanya meminjamkan kita sedikit sahaja kuasa dan kehendak pada kita. Itupun pada ruang lingkup keperluan kita di dunia ini. Untuk kita membuat keputusan dalam menjalani penghidupan kita di dunia. Untuk kita buat usaha atas perkara yang kita impikan dalam hidup ini.

Tapi ketahuilah, walau apa pun usaha kita, keputusan atau kesan dari usaha itu masih milik Allah swt. Ada masa keputusan itu bertepatan dengan harapan kita dan ada masanya tidak. Kita kena sabar dan redha dengannya kerana ianya hak Allah swt.

Kadang kadang keputusan itu bersangkutan dengan keadaan semasa, kadang kadang bersangkutan dengan Dia atau perbuatan orang orang terdahulu atau orang tua seperti datuk dan nenek dari kita dan bermacam macam lagi. Wallahualam.

Jadi apa yang penting pada kita adalah usaha, DOA dan tawakkal. Jangan ada rasa risau, kecewa dan tak puas hati dalam hidup. Walau APA pun berlaku, terus berusaha dan berdoa. Positif Dan teruskan hidup.