Thursday, December 9, 2010

AZEEM BERSUNAT

Dah dewasa anak abah yang bongsu ini
Lebih menggembirakan apabila ianya dikongsi bersama oleh abang abang nya


Anak anak abah,

inilah semangat yang kita perlukan
kita akan sentiasa bersama apabila seorang dari kita susah
memang menyakitkan apabila doktor jahit azeem bila dah tak ada bius
abah dah sampai nak suruh doktor berhenti

tetapi semangat anak anak abah amat memberansangkan
abanglong beri kata semangat
abangngah suruh dan pegang tangannya
abah pegang kaki dia
dan dia dapat mengatasinya

Inilah semangat yang perlu kita tanamkan dalam diri kita semua...
AKAN SENTIASA BERSAMA APABILA SESIAPA DALAM KESUSAHAN


Terima kasih

Sunday, November 7, 2010

Procastinate

Anak anak abah

Proscastinate is a bad things
Putting the things that we can do now later is no good at all
It has delayed the success for Abah
It has put off many opportunities for success to Abah
It has make Abah be left behind by all my friends

Anak anak abah

Perkara yang kita boleh lakukan hari ini, lakukanlah pada masa ini.
Sesungguhnya masa tidak menunggu kita
Tetapi kita yang perlu pandai menggunakan masa

Jadi, jangan proscastinate....

Friday, November 5, 2010

Landasan yang betul

Kadang kadang terfikir juga atas landasan apakah kita bertindak

Kerana semua tindakan itu memberi kesan kepada penghidupan...


Abah teringat pada masa kecil kecil dahulu

Semasa bersembahyang dimasjid, ramai antara budak budak (kami) yang nakal

Jadi keadaan menjadi bising dan mengganggu

Memang itulah sifat budak budak (kami); nakal

Menang itulah sifat budak budak (kami); suka bermain

Masalahnya bukan pada perkara yang telah berlaku

Masalahnya pada tindakan selepas itu

Seorang dari budak itu (kami) telah ditempeleng

Ia telah merubah hidup budak tersebut

Walaupun budak tersebut melakukan kesalahan yang kecil pada pandangan budak budak (kami)

tetapi ianya adalah kesalahan yang besar kepada penempeleng itu

DAN ianya telah merubah sikap dan feel budak tersebut selepas itu


Tertanya juga kami dimanakah kawan kami itu


Oleh itu, para dewasa semua, berfikirlah dahulu sebelum bertindak untuk anak anak kita


Sunday, July 25, 2010

Matlamat Bangsaku ?

Anak anak ku...

Abah rasa terpanggil pada diskusi yang hangat dibicarakan

Diskusi berkenaan anak bangsa
Diskusi mematlamatkan arah tuju bangsa
Diskusi pada kesejahteraan bangsa

Adakah perkara ini benar?
Adakah perkara ini berkesan?

Kita di beritakan bahawa bangsa ini akan pupus
Kita di war warkan bangsa ini akan ketinggalan
Kita di tekan akan bahawa kita berada dalam satu suasana yang sangat gratis

Apakah tindakan kita...
Adakah tindakan kita memerlukan wang...
Adakah tindakan kita mengkayakan sebilangan anak bangsa...
Adakah tindakan kita menggajikan segilintir manusia untuk menjerit dan berkumpul untuk kita...

Sedangkan penyelesaian pada anak bangsa itu sendiri
Setiap individu perlu bertanggung jawab

Perkara pertama, kita perlu tinggalkan budaya WANG...
Kita perlu tinggalkan budaya MENGEMIS....
Kita perlu tinggalkan budaya PERUNTUKAN...

Kemudian, kita tetapkan satu matlamat.
Kita sama sama berusaha kepada matlamat tersebut.

Wednesday, May 5, 2010

Apa yang penting? Kerjasama.

Anak Anak Abah,

Apa yang penting adalah kerjasama....

Berjanjilah kepada dirimu
Kita akan terus bersama

Walau apa pun badai yang melanda
Kita akan terus bersama

Walau kita berjauhan
Kita akan terus bersama

Walau kita hadapi masalah
Kita akan terus bersama

Apa yang penting, kerjasama

Kita akan selalu berhubung antara satu sama lain
Kita akan selalu berbincang antara satu sama lain
Kita akan selalu meluahkan perasaan satu sama lain
Kita akan selalu membantu satu sama lain
Kita akan selalu bertemu satu sama lain

Kita akan sentiasa bersatu dan bekerjasama walaupun kita ada dimana mana

Sunday, April 11, 2010

Anak anak Abah;

Masa kecil kecil dulu, abah juga suka bermain
Banyak juga masa dihabiskan untuk bermain
Tidak seperti masa kamu semua;
banyak masa dihabiskan dirumah

Banyak masa kesungai
Banyak masa kekolam tadahan
Banyak masa dengan basikal
Banyak masa dengan kawan kawan

Abah gembira
Abah suka
Abah ceria

Tapi ini semua dilakukan dengan kawalan

Abah tidak boleh keluar rumah sebelum habis hafal sifir
Abah tidak boleh keluar rumah sebelum habiskan kerja sekolah

Mak abah tak bagi keluar

Masa tu abah marah
Masa tu abah nangis
Masa tu abah memberontak

Tapi sebenarnya

ITULAH YANG TELAH MEMBENTUK DIRI ABAH
ITULAH YANG TELAH MENYEBABKAN ABAH JADI BERJAYA
ITULAH YANG TELAH MEMBANTU ABAH DALAM PEMBELAJARAN ABAH

Oleh itu anak anak abah
Tetapkanlah hati hati mu untuk belajar
Bagi peluang kepada pelajaranmu sebelum bermain

Abah amat berterima kasih pada Mak Abah (Nenek bagimu) kerana telah membentuk abah jadi sebegini
Abah tidak akan dapat membalasnya walaupun mempunyai emas sebesar gunung
Semoga pengorbanannya dibalas dengan rahmat yang besar disana nanti

AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN

Sunday, April 4, 2010

Keikhlasan

Anak anak ku;

Tetapkankanlah di hati mu
Sematkanlah di pemikiran mu
Olahkanlah dalam tindakan mu
Bahawa apa saja yang dizahirkan didunia adalah untuk penghidupan yang kekal abadi;

Yang penting adalah niat kita
Yang penting adalah matlamat kita
Yang penting adalah tindakan kita
Yang penting adalah kejayaan kita;

Perkara lain adalah perkara kedua
Kita yang akan berdiri sendiri dihadapan Yang Maha Esa
Kita yang akan berhadapan dengan segala pembalasan di Akhirat nanti
Kita yang akan berjawab dengan semua persoalan yang ditimbulkan disana
Kita yang akan bersendiri menghadapi ini semua;

Tiada ibu bapa
Tiada datuk dan nenek
Tiada saudara mara
Tiada sahabat dan taulan
Yang ada hanyalah syafaat dari Nabi Kita Muhammad (SAW);

Oleh itu teguhkanlah hatimu
Hadapi dengan tenang hari hari mu didunia ini
Tetapkan niatmu bahawa apa yang kita lakukan hanyalah untuk Allah Subhanahu Wa Taala
Dan perbanyakkkanlah Selawat dan Salam atas junjungan kita Nabi (SAW)